Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

BAB 3

BAB 3  ‘Sofea,what wrong with you dear? Kenapa Sofea tak bagitahu Min yang Sofea dah lama sakit?’,ujar Amin Rafeeqi serak kepada Sofea yang terlantar lemah di atas katil hospital. Amin Rafeeqi kemudiannya megambil tempat disebelah Sofea. Ayma menjadi sayu melihat keadaan Sofea kelihatan begitu tidak bermaya. Tubuhnya juga sudah semakin kurus,kurus sangat.Ayma dikhabarkan oleh mama Sofea bahawa Sofea sudah lama menghidap penyakit kanser kolon. Ayma yang berada disebelah Sofea tidak dapat menahan sebaknya apabila melihat keadaan Sofea yang semakin tenat itu. Perlahan-lahan Ayma mengusap kepala Sofea yang masih bertudung itu.  ‘ Min,Sofea minta maaf. Sofea tak nak Min risau pasal Sofea. Sofea sayang Min,sayang sangat. Tapi Sofea tak mampu. Sofea tak mampu nak sayang Min. Sofea tahu Min layak dapat orang yang jauh lebih baik dari Sofea,dan orang tu ialah Ayma. Sofea tahu Ayma dah lama tunggu Min dan Sofea jugak tahu yang Ayma dah lama sukakan Min. Terimalah