BAB 6 Amin Rafiqi tersedar dari tidurnya apabila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Amin Rafiqi cuba mengerah fikirannya mengingati apa yang berlaku semalam. Ya. Seingatnya dia ada menyuruh Ayma untuk tidur bersamanya. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mengubah fikirannya dengan membiarkan Ayma untuk tidur disebelahnya. Padahal dia sendiri yang mahukan wanita itu bencikan dirinya. Perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan tubuhnya untuk melihat sekujur tubuh disebelahnya yang kini telah sah menjadi isterinya. Memang tidak percaya. Hanya sekelip mata,dia sudah bergelar suami orang. Yang lebih mengejutkan bukan suami kepada orang yang dia sayang,tetapi kepada orang yang sudah terang-terang menyayangi dirinya sejak dari dulu. Tapi sayang,dia tidak boleh menyayangi gadis yang bergelar isterinya kini kerana hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada arwah Sofea. Lama Amin Rafiqi merenung wajah Ayma. Jarinya sempat bermain-main diwajah polos Ayma ...