BAB 6 Amin Rafiqi tersedar dari tidurnya apabila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Amin Rafiqi cuba mengerah fikirannya mengingati apa yang berlaku semalam. Ya. Seingatnya dia ada menyuruh Ayma untuk tidur bersamanya. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mengubah fikirannya dengan membiarkan Ayma untuk tidur disebelahnya. Padahal dia sendiri yang mahukan wanita itu bencikan dirinya. Perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan tubuhnya untuk melihat sekujur tubuh disebelahnya yang kini telah sah menjadi isterinya. Memang tidak percaya. Hanya sekelip mata,dia sudah bergelar suami orang. Yang lebih mengejutkan bukan suami kepada orang yang dia sayang,tetapi kepada orang yang sudah terang-terang menyayangi dirinya sejak dari dulu. Tapi sayang,dia tidak boleh menyayangi gadis yang bergelar isterinya kini kerana hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada arwah Sofea. Lama Amin Rafiqi merenung wajah Ayma. Jarinya sempat bermain-main diwajah polos Ayma ...
BAB 2 ‘ Ayma!!! Aku dah dapat! Aku dah dapat! ‘,Izuddin menjerit dari jauh setelah kelibat Ayma dilihatnya keluar dari makmal kimia sekolah mereka. Ayma yang mendengar jeritan itu sedikit tersentak. Ayma mengalihkan pandangannya kearah Izuddin yang sudah tercungap-cungap kerana penat menjerit. Mana taknya,dari jauh sudah dengar suaranya memekik. Dah macam orang kurang siuman pulak. ‘Kenapa dengan kau ni. Apa yang kau dah dapat sampai terpekik terlolong dari jauh ni Din? Cepatla bagitahu aku. Lepas ni kita nak kena pergi makmal fizik pulak. Kang cikgu marah pulak. Cepatla.’,paksa Ayma.Ayma juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang Izuddin sudah dapat. Entah-entah ‘benda’ yang dia suruh Izuddin dapatkan untuknya minggu lepas kot. Tapi takkan cepat sangat. Biar betul mamat ni. Ayma sekadar mengagak sendiri. ‘ Kau ni,buat-buat don’t know pulak. Abang Amin Rafeeqi kau la. Nah,ni nombor dia. Susah betul nak mintak nombor dia. Banyak soalan. Macam polis je. Ha...