Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

BAB 5

BAB 5   Ayma terjaga daripada tidur. Tatkala dia membuka kelopak mata,dia mendapati hari sudah beransur senja. Laungan azan yang kedengaran dari surau kampung Bujang Indah itu menyedarkan Ayma untuk segera bangkit dan bersolat maghrib.Ayma membetulkan baju pengantinnya yang masih tersarung di tubuhnya itu. Tudungnya juga masih tidak dibuka. Hari ini Ayma terasa penat sangat. Maklumlah,hari ini Ayma sudah sah bergelar isteri kepada Amin Rafiqi. Hanya dengan sekali lafaz statusnya sudah berubah daripada bujang kepada seorang isteri. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka tadi ...

BAB 4

BAB 4  ‘Siap!!’,ujar Ayma sendirian di hadapan cermin setelah yakin dengan penampilannya. Ayma memilih untuk memakai baju kurung moden ungu bercorak bunga-bunga kecil yang tidak terlalu ketat potongannya dan di padankan dengan tudung bawal yang warnanya senada. Tudung bawalnya dipinkan di kedua-dua belah bahunya agar kelihatan kemas dan tidak serabut.  Hari ini Ayma perlu ke rumah Puan Zakiah. Kata Puan Zakiah,ada hal yang perlu dibincangkan. Untung Ayma sudah awal-awal mengambil cuti dan mengambil keputusan untuk menutup kliniknya untuk beberapa hari.  Ayma melihat kembali penampilannya di hadapan cermin. Dia tersenyum puas. Tiba-tiba telefon bimbit Ayma  berdering

BAB 3

BAB 3  ‘Sofea,what wrong with you dear? Kenapa Sofea tak bagitahu Min yang Sofea dah lama sakit?’,ujar Amin Rafeeqi serak kepada Sofea yang terlantar lemah di atas katil hospital. Amin Rafeeqi kemudiannya megambil tempat disebelah Sofea. Ayma menjadi sayu melihat keadaan Sofea kelihatan begitu tidak bermaya. Tubuhnya juga sudah semakin kurus,kurus sangat.Ayma dikhabarkan oleh mama Sofea bahawa Sofea sudah lama menghidap penyakit kanser kolon. Ayma yang berada disebelah Sofea tidak dapat menahan sebaknya apabila melihat keadaan Sofea yang semakin tenat itu. Perlahan-lahan Ayma mengusap kepala Sofea yang masih bertudung itu.  ‘ Min,Sofea minta maaf. Sofea tak nak Min risau pasal Sofea. Sofea sayang Min,sayang sangat. Tapi Sofea tak mampu. Sofea tak mampu nak sayang Min. Sofea tahu Min layak dapat orang yang jauh lebih baik dari Sofea,dan orang tu ialah Ayma. Sofea tahu Ayma dah lama tunggu Min dan Sofea jugak tahu yang Ayma dah lama sukakan Min. Terimalah

BAB 1

BAB 1  ‘ Jom Husna. Dah nak masuk waktu solat zohor ni. Kita solat kat surau sekolah jela. Balik sekolah nanti tak payah solat dah. Kan senang. Jom la..’,ujar Ayma kepada Husna yang sedang tekun menyiapkan kerja projek Biologi mereka yang harus dihantar esok. Untung Ayma telah menyiapkannya seminggu yang lalu jadi dia tidak perlu untuk berkerja keras menyiapkannya hari ini. Kesian pula dia melihat Husna yang sendirian menyiapkan projek itu.  ‘Eh,kau pergi dulu la. Aku nak siapkan sikit je lagi ni. Just give me 10 minutes okey? Jangan tunggu aku,nanti kau lewat pulak. Jap lagi aku pergi surau. Kau pergi je dulu.’,balas Husna sambil tangannya masih lagi lincah menulis. Dia hanya perlu memberi sedikit lagi sentuhan terakhir kepada projeknya agar kelihatan  perfect. ‘ Kau nak aku tolong ke. Nampak macam banyak lagi je.’,Tanya Ayma lagi kepada Husna. ‘Tak payah cik Ayma ooii..aku nak siap dah ni. Pergila surau dulu. Nanti kita jumpa kat sana. Dah,dah..cepat,orang d...