BAB 4
‘Siap!!’,ujar Ayma sendirian di hadapan cermin
setelah yakin dengan penampilannya. Ayma memilih untuk memakai baju kurung
moden ungu bercorak bunga-bunga kecil yang tidak terlalu ketat potongannya dan
di padankan dengan tudung bawal yang warnanya senada. Tudung bawalnya dipinkan
di kedua-dua belah bahunya agar kelihatan kemas dan tidak serabut. Hari ini Ayma perlu ke rumah Puan Zakiah.
Kata Puan Zakiah,ada hal yang perlu dibincangkan. Untung Ayma sudah awal-awal
mengambil cuti dan mengambil keputusan untuk menutup kliniknya untuk beberapa
hari. Ayma melihat kembali penampilannya
di hadapan cermin. Dia tersenyum puas. Tiba-tiba telefon bimbit Ayma berdering
minta diangkat. Melihat nama yang
tertera di skrin telefon Ayma sudah cukup membuatkan jantung Ayma berdegup pantas. Lantas ingatan Ayma terimbau
kembali tentang kejadian kelmarin di hospital. Herdikan dan tuduhan lelaki itu
masih segar dalam ingatannya. Lambat-lambat Ayma menjawab panggilan daripada
lelaki itu. Takut!
‘ Assalamualaikum,ada apa abang?’,
‘ Waalaikummussalam,Ayma,mak cik Zakiah ajak
kita pergi rumah dia kan hari ni? Kita pergi sama nanti. Tunggu abang,abang
datang rumah Ayma sekarang. Tunggu abang depan rumah tau! Abang dah on the way
ni.’. Zap!!! Jantung Ayma tersentak mendengar bicara Amin Rafiqi itu. Apa? Mak
cik Zakiah ajak Amin Rafiqi sekali? Dan sekarang Amin Rafiqi mengajaknya pergi
bersama? Oh! Tidak! Macam mana aku nak buat ni. Aku tak nak pergi dengan dia.
Fikir,fikir Ayma! Ting! Aku ada idea!
‘ Hello,Ayma dengar tak abang cakap ni?’,tanya
Amin Rafiqi lagi kepada Ayma setelah soalanya tadi hanya dibalas dengan
kebisuan..
‘ Ha? Emm..Ayma dengar. Macam ni la abang,Ayma
rasa Ayma tak boleh pergi dengan abang la,Ayma nak singgah tempat lain dulu
nanti. Ayma pergi dengan kereta Ayma sendiri la’,Ayma cuba mencipta alasan.
Ayma harap alasannya itu boleh dipakai.
‘Nope! You have to go with me. By hook or by
crook! Abang boleh hantar Ayma pergi mana-mana pun. Okay! Jumpa Ayma nanti.
Abang dah nak sampai ni.’. keputusan Amin Rafiqi muktamad. Dia perlu berbincang
dengan gadis itu soal hubungan mereka. Kelmarin,mak cik Zakiah ada menelefonnya
dan menyuruhnya datang ke rumahnya. Katanya ada hal yang perlu di bincangkan
tentang soal perkahwinannya dan Sofea yang sepatutnya berlansung pada bulan
depan. Kata mak cik Zakiah lagi,dia mahu Ayma menggantikan tempat arwah Sofea.
Ayma
mendengus. Ada-ada saja lelaki ni. Masa ni la dia nak buat-buat baik dengan aku
pun. Kelmarin bukan main marah,macam dah kena sampuk. Siap mengata kat aku
lagi. Sekarang ni boleh pulak buat baik. Ayma sekadar mengomel di dalam
hatinya. Panas di buatnya dengan sikap Amin Rafiqi yang tidak langsung kisah
tentang apa yang dia rasa. Macam la dia ni patung. Tak ada perasaan. Ahhhhhh!!!
‘ Ok laa…abang datang cepat sikit. Ayma dah
siap pun. Ayma tunggu. Assalamualaikum.’,balas Ayma mengalah. Sebal hatinya
memikirkan dia perlu pergi ke rumah mak cik Zakiah dengan Amin Rafiqi.
‘ Kejap lagi abang sampai.
Waalaikummussalam.’,
……………………………………………………………………………………………...
‘ Bulan depan kita kahwin!’, Amin Rafiqi
tiba-tiba bersuara mlenyapkan kesunyian yang lama tercipta di dalam kereta
Toyota Vios hitam milik Amin Rafiqi itu.
‘ What??’,Ayma membuntangkan matanya. Terkejut
dengan keputusan Amin Rafiqi yang mendadak itu. Bulan depan? Ohh..tidak! kenapa
aku perlu kahwin dengan lelaki ni!! Jerit Ayma di dalam hatinya. Ayma tidak
menyangka ini keputusan yang diambil oleh Amin Rafiqi. Amin Rafiqi tersenyum
sinis melihat reaksi Ayma.
‘ Kenapa? Ayma tak suka? Bukan sepatutnya Ayma
suka ke? Ini yang Ayma mintak kan?’,tanya Amin Rafiqi sinis walaupun suaranya
kedengaran masih tenang seperti tadi.
‘ Abang,sudah-sudahla tu. Abang tolong la
jangan tuduh Ayma macam-macam lagi. Ayma tak pernah mintak nak kahwin dengan
abang ke apa ke,Ayma cuma nak abang bahagia je. Itu je. Tolong laa,abang
hentikan la tuduhan tak berasas abang tu. Jangan jadi macam budak-budak’,rayu
Ayma lembut. Dia tidak mahu mencurahkan lagi minyak keatas api. Risau keadaan
akan menjadi lebih tegang. Bukan salah Amin Rafiqi bersikap seperti itu.
Mungkin dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sofea telah pergi
meninggalkannya.
‘ Tuduhan?? Jadi Ayma nak cakap yang abang
tuduh Ayma? Macam tu? Forget it Ayma Farisya!’,Amin Rafiqi masih dengan pendiriannya.
Di dalam hatinya masih berasakan rasa tidak puas hati terhadap Ayma.
Baginya,Aymalah penyebab semua ini berlaku.
‘Ok! Kalau itu yang abang nak,Ayma terima.
Abang nak sangat kan? Ayma akan kahwin dengan abang. Sekarang abang turunkan
Ayma kat sini. Biar Ayma pergi rumah mak cik Zakiah sendiri. Tak hingin Ayma
naik kereta dengan orang yang kejam macam abang ni!’. Air mata Ayma sudah mula
menitis. Ayma sedih dengan tuduhan yang
dilemparkan kepadanya. Kalau tadi dia masih boleh menahan sabar tapi tidak
sekarang. Ayma merasakan seperti maruahnya sebagai seorang wanita rendah di
hadapan lelaki egois itu.
Serentak dengan itu Amin Rafiqi memberhentikan
keretanya. Tubuh Ayma sedikit terdorong ke hadapan. Terkejut dengan tindakan
Amin Rafiqi itu.
‘Ayma nak turun sangat kan,sekarang silakan!
Ayma boleh turun dari kereta abang sekarang! I said get out now!!’,jerit Amin
Rafiqi kuat. Amin Rafiqi jadi hilang sabar dengan Ayma. Dia rasa tercabar
dengan kata-kata wanita itu. Kau nak sangat kan turun. Sekarang kau turun kat
sini sorang-sorang. Kau jangan cuba nak cabar aku perempuan!
Ayma mendengus lalu menapak keluar dari
kereta Amin Rafiqi. Pintu kereta ditutup kuat tanda protes. Kau ingat aku
heran! Ahhh!! Tak guna punya Amin Rafiqi!
Ayma melihat kereta Amin Rafiqi yang meluncur
laju meninggalkannya terkapar-kapar keseorangan di pinggir jalan. Memikirkan
itu,Ayma jadi sedih. Kenapa? Kenapa Amin Rafiqi bersikap seperti itu kepadanya?
Besar sangatkah salahnya kepada lelaki itu? Dia tidak pernah minta untuk lelaki
itu membalas cintanya apatah lagi berkahwin dengannya. Amin Rafiqi yang
mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Dia tidak pernah menyuarakan
apa-apa tentang perkara ini. Perlahan-lahan Ayma mengatur langkahnya dengan
perasaan kecewa..
………………………………………………………………………………………………………
‘ Assalamualaikum,mak cik Zakiah.’,panggil Ayma lemah. Hampir setengah jam Ayma
berjalan barulah kakinya sampai di rumah Puan Zakiah. Penat memang bukan
kepalang. Jarak rumah Puan Zakiah dari tempat Amin Rafiqi meninggalkannya tadi
boleh tahan jauhnya. Memikirkan itu dia jadi sebal dengan Amin Rafiqi. Ni semua
salah Amin Rafiqi! Memang tak berhati perut!
‘ Waalaikummussalam,ehh Ayma rupanya.
Masuklah. Lama dah mak cik tunggu. Amin ada kat dalam. Dah lama dah dia sampai.
Mak cik ingat korang nak datang berdua tadi. Ayma datang naik apa? Tak nampak
pun kereta Ayma? Ni kenapa berpeluh-peluh ni?’,tanya Puan Zakiah bertubi-tubi.
Tangan Ayma dipimpinnya ke ruang tamu dan mereka sama-sama melabuhkan punggung
di sofa empuk Puan Zakiah. Betul-betul bertentangan dengan sofa yang dihuni
oleh sekujur tubuh milik Amin Rafiqi. Amin Rafiqi dilihatnya hanya beriak
tenang tanpa ada sekelumit rasa belas dengan dirinya. Ayma mencebik. Meluat
melihat reaksi Amin Rafiqi! Amin Rafiqi hanya menjongketkan keningnya dan
senyuman sinis terlakar kemas di wajahnya. Padan muka! Kau nak cabar aku lagi!
‘ Ayma….Ayma datang naik teksi tadi. Kereta
Ayma buat hal. Kebetulan nak dijadikan cerita teksi tu ‘aircond’ dia rosak.
Lagipun cuaca sekarang ni memang panas kan.’,Ayma cuba mencipta alasan. Amin
Rafiqi dilihatnya masih setia dengan wajahnya yang selamba badak.
‘ Oh yeke. Kenapa tak telefon je Amin ni. Dia
boleh je tumpangkan Ayma datang sini. Betul tak Min?’,pandangan Puan Zakiah
dihalakan pula kearah bakal menantunya itu.
‘Tengoklah dulu kalau Min rajin nak tumpangkan
dia. Kalau Min tak tumpangkan pun,pandai-pandaila dia cari teksi. Teksi kat
Malaysia ni kan banyak. Tak cukup ke?’,sinis kedengaran jawapan Amin Rafiqi.
Ayma memuncungkan bibirnya. Ada aku heran? Setakat vios aku boleh beli sepuluh
la bro! Erk! Betul ke? Ahhh…lantak aku
la!
Puan Zakiah menjeling
Amin Rafiqi tajam. Dia tahu Amin Rafiqi
marahkan Ayma kerana Amin Rafiqi menganggap Ayma la penyebab Sofea
meninggalkan amanah buatnya supaya mengahwini Ayma. Tapi dia tidak setuju
dengan tindakan Amin Rafiqi yang meletakkan penyebab berlakunya semua ini
seratus peratus kepada Ayma. Ayma tidak pernah memaksa Sofea meninggalkan
amanatnya kepada Amin Rafiqi supaya Amin Rafiqi mengahwini Ayma. Semua itu atas
kehendak Sofea sendiri. Tiada siapa yang memaksanya membuat keputusan itu. Jelingan
Puan Zakiah tidak di hiraukan Amin Rafiqi. Peduli apa aku! Ayma memang telah
mencabar egonya sebagai lelaki.
‘Emm…pak cik mana? Kerja ke?’,Ayma cuba
mengubah topik perbualan. Matanya sudah meliar mencari kelibat Haji Mazuki.
Haji Mazuki adalah ayah kepada arwah Sofea. Haji Mazuki bekerja sebagai seorang
pensyarah di UiTM Merbok. Baik orangnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti
arwah Sofea. Lembut,penyayang dan seorang yang murah dengan senyuman.
‘ Pak Cik ada kelas hari ni. Pukul 9 tadi lagi
dia dah keluar. Biasalah,dah nak dekat exam ni,sibuk memanjangla pak cik kau
tu. Ni, mak cik nak cakap sikit dengan Ayma dan mak cik berharap sangat Ayma
setuju la dengan apa yang mak cik nak beritahu ni ’,Puan Zakiah mula menarik
tangan Ayma dan digenggamnya lembut. Walaupun Ayma pelik dengan perbuatan Puan
Zakiah yang tiba-tiba itu,Ayma tetap melemparkan senyuman kepada wanita
dihadapannya itu.
‘ Ada apa mak cik? Mak cik nak mintak tolong
Ayma apa-apa ke?’,
‘ Emm Ayma mesti ingat kan,arwah Sofea ada
tinggalkan pesan supaya Ayma disatukan dengan Amin. Jadi mak cik nak Ayma
tolong tunaikan amanah terakhir Sofea yer,boleh yer nak? Ni,lagi satu,Sofea ada
tinggalkan surat terakhir dia untuk Ayma. Bacalah nak.’,dengan penuh
berhati-hati Puan Zakiah menyampaikan amanah terakhir arwah anaknya Sofea.
Sampul surat berwarna koko diserahkan kepada Ayma. Kolam mata Puan Zakiah sudah
mula penuh dengan air-air jernih dan menunggu masa sahaja untuk melimpah. Dia
jadi teringat kepada anaknya yang baru sahaja meninggalkannya kelmarin untuk
bertemu degan penciptaNya. Rindu.
‘ Tapi mak cik,Ayma…………….’,
‘ Tolong la Ayma,mak cik tak nak hampakan
permintaan terakhir arwah. Tak pa,mak cik akan uruskan semuanya tentang soal
nikah dan kenduri kahwin. Lagipun Amin dah setuju. Ayma cuma perlu beritahu ibu
dan ayah Ayma saja. Majlis bertunang dengan nikah kita buat serentak. Sekarang
ni Ayma dengan Amin cuma perlu pergi kursus kahwin. Tak silap mak cik kursus
kahwin kamu berdua minggu depan,dekat Hasani Sungai Petani. jangan lupa pergi
yer?’,panjang lebar Puan Zakiah menerangkan rancangan yang diaturnya. Puas. Senyuman
tidak lekang dari bibirnya. Dia tidak sabar untuk menanti hari bahagia itu.
Walaupun sepatutnya hari bahagia itu diraikan oleh oleh anaknya Sofea,dia
redha. Segala yang berlaku adalah ketentuanNya. Siapalah dia nak
mempertikainya. Malahan dia berasa amat gembira sekarang ini kerana Ayma yang
juga dianggap seperti anaknya itu akan melengkapkan hari bahagia yang bakal
berlansung bulan depan. Amin Rafiqi tersenyum sinis kepada Ayma. Ceh! Tak mahu
konon. Piirahh!
‘ Dah mak cik mintak tolong tu,tolong je la.
Yang Ayma nak jual mahal sangat ni kenapa. Pura-pura tak mahu. Mulut kata
lain,hati kata lain. Entah-entah dalam hati tu melompat-lompat,hoorey-hoorey
dah. Meluat abang tengok lakonan Ayma tu. Kenapa? Susah sangat ke mulut tu nak
cakap setuju’,sampuk Amin Rafiqi tiba-tiba. Pandai pulak bercakap patung
cendana ni. Ingat dah kena sumpah tak boleh bercakap tadi. Sebal pula hati Ayma
mendengar bicara Amin Rafiqi. Memang menaikkan darah betul mamat ni!
‘ Yang abang nak sibuk sangat suruh Ayma
setuju ni apehal? Kalut je! Kunci jela mulut tu rapat-rapat,jangan nak
menyampuk!’,
‘ Dah,dah….kamu berdua
jangan nak bergaduh kat sini. Risau betul mak cik dengar. Dah,sekarang ni mak
cik anggap semua dah selesai ok. Jom kita makan,mak cik dah masak.’,Puan Zakiah
memberi kata putus setelah melihat Ayma dan Amin Rafiqi berura-ura untuk
memulakan perang mulut mereka. Setahu Puan Zakiah selama dia mengenali Ayma dan
Amin Rafiqi,dia tidak pernah melihat dua insan ini bergaduh dan berperang
mulut. Sebelum ini bercakap pun kadang-kadang saja,itu pun bila perlu. Tapi semenjak
arwah Sofea pergi meninggalkan dunia fana ini,makin menjadi-jadi perangai
mereka.
‘ Tapi mak cik,Ayma tak sedia lagi. Ayma….’,
‘ Dah-dah. Apa-apa pun jom kita pergi makan
dulu.’,
Ayma mengekor langkah Puan Zakiah. Lemah. Ayma
risau dengan keputusan Puan Zakiah. Nak tak nak demi menjaga hati wanita itu
dan demi melaksanakan wasiat terakhir Sofea,terpaksalah dia menerima Amin
Rafiqi dalam hidupnya. Tanpa disedari keluhan berat dilepasnya. Amin Rafiqi
disebelahnya hanya ditenung tanpa perasaan.
best best :)
ReplyDeleteea?? hahaha...tq2 :-)
ReplyDelete