BAB 1
‘ Jom Husna. Dah nak masuk waktu solat zohor ni. Kita solat kat surau sekolah jela. Balik sekolah nanti tak payah solat dah. Kan senang. Jom la..’,ujar Ayma kepada Husna yang sedang tekun menyiapkan kerja projek Biologi mereka yang harus dihantar esok. Untung Ayma telah menyiapkannya seminggu yang lalu jadi dia tidak perlu untuk berkerja keras menyiapkannya hari ini. Kesian pula dia melihat Husna yang sendirian menyiapkan projek itu.
‘Eh,kau pergi dulu la. Aku nak siapkan sikit je lagi ni. Just give me 10 minutes okey? Jangan tunggu aku,nanti kau lewat pulak. Jap lagi aku pergi surau. Kau pergi je dulu.’,balas Husna sambil tangannya masih lagi lincah menulis. Dia hanya perlu memberi sedikit lagi sentuhan terakhir kepada projeknya agar kelihatan perfect.
‘ Kau nak aku tolong ke. Nampak macam banyak lagi je.’,Tanya Ayma lagi kepada Husna.
‘Tak payah cik Ayma ooii..aku nak siap dah ni. Pergila surau dulu. Nanti kita jumpa kat sana. Dah,dah..cepat,orang dah nak azan tu.’,balas Husna dengan nada bergurau. Risau sungguh Ayma kepadanya.
‘ Okeyla kalau kau kata macam tu. Bye. Jumpa di sana. Assalamualaikum.’,Ayma menapak keluar dari kelas mereka yang telah kosong setelah salamnya disambut oleh Husna. Rakan sekelas mereka yang lain semuanya telah terlebih dahulu pulang kerana hari ni pelajar sekolahnya dibenarkan pulang awal kerana esok merupakan cuti umum. Cuma Husna telah mengambil keputusan untuk pulang seperti biasa kerana ingin menyiapkan projeknya. Ayma hanya temankan Husna yang sendirian di sekolah. Ayma bimbang kawannya yang sorang itu. Maklumlah Husna itu penakut sikit orangnya. Sambil berjalan menuju ke surau sekolahnya Ayma melazimi berzikir. Perlahan saja dengarnya. Tiba-tiba Ayma
dengan tidak sengaja terlanggar seseorang menyebabkan tubuhnya sedikit terdorong ke belakang. Habis buku-buku mangsa perlanggarannya tadi jatuh berselerakan di atas lantai. Ayma yang diserbu rasa bersalah terus mengutip buku-buku itu tanpa sedikit pun memandang kearah lelaki yang dilanggarnya tadi. Lelaki? Alamak! Habislah aku. Macam mana aku boleh terlanggar ni? Lelaki pulak tu. Ni yang aku tak senang duduk ni. Omel Ayma di dalam hati. Ayma memang tak ‘ngam’ dengan jantina yang berlawanan dengannya ni. Ayma tidak pernah mempunyai kawan lelaki kecuali kawan-kawan lelaki kelasnya. Itupun cuma 8 orang dan salah seorang daripada mereka merupakan kawannya yang paling baik,iaitu Izuddin. Mereka sudah berkawan sejak dari sekolah rendah lagi dan Izuddin sudah banyak membantunya.
‘Nah! Saya minta maaf. Saya tak sengaja. Tak nampak tadi’,kata Ayma kepada lelaki yang di langgarnya setelah buku-buku itu habis dikutip olehnya. Ayma memberi buku-buku itu kepada lelaki yang sedang berdiri di hadapannya.
‘‘Emm,takpa. Lain kali jalan tolong tengok depan ye dik. Nanti tak pasal-pasal langgar pulak dengan Encik dinding. Kan susah nak cari ubat. Nasib baik terlanggar dengan saya. And terima kasih sebab dah tolong kutip buku-buku saya ni.’’,jawab lelaki itu dengan nada yang agak sinis. Panas telinga Ayma mendengar jawapan lelaki itu. Tak boleh jadi ni. Dia perli aku ke? Nak kena ‘sound’ ni mamat ni. Ayma mengangkat sedikit mukanya menghadap lelaki yang dilanggarnya tadi. Ayma ingin membalas kata-kata lelaki itu.
‘ Awak ni……….’, kata-kata Ayma terhenti apabila melihat wajah lelaki itu. Tiba-tiba hatinya rasa sesuatu yang aneh tapi dia tidak pasti apakah perasaan itu. Wajah lelaki itu memang telah membuatkan jantungnya berdebar-debar. Hilang terus kata-kata yang ingin di hamburnya tadi. Pantas Ayma melarikan wajahnya yang sudah merah kerana malu kepada dirinya sendiri yang hanyut di buai perasaan anehnya tadi. Astargfirullahalazim…apa yang dia telah buat. Berkali-kali Ayma beristigfar di dalam hatinya.
‘ Saya minta maaf sekali lagi. Saya pergi dulu’,lantas Ayma mengatur langkahnya kesurau. Dia tidak boleh berlama-lama disitu. Khuatir syaitan laknatullah akan menghasutnya melakukan perkara-perkara yang boleh mengundang maksiat. Apa-apa saja boleh berlaku kalau perempuan dan lelaki berdua-duaan.
‘ Hei,terasa ke? Saya mintak maaf,saya bergurau tadi. It’s okey! Saya tak kisah. Lain kali langgarlah lagi.’,jerit lelaki itu kepada Ayma membuatkan Ayma sebal dengan dirinya sendiri dan lelaki itu. Kenapa la dia boleh langgar lelaki tu tadi. Dah la lelaki tu banyak songeh. Pot pet pot pet. Aahhhh!!! Tapi kenapa dengan dia tadi? Kenapa dia berdebar-debar apabila melihat lelaki itu? Sebelum ni tak pernah dia berasa seperti itu? Apa tandanya semua ni? Bermacam-macam soalan bermain di fikiran Ayma. Ayma jadi keliru dengan dirinya sendiri. Dia memohon agar Allah S.W.T melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak baik. Aminn…
…………………………………………………………………………………………………..
Terkocoh-kocoh Ayma mengambil wuduk. Dia sudah lewat. Sebentar lagi pasti azan akan berkumandang dan dia tidak mahu terlepas untuk solat berjemaah di surau sekolahnya itu. Besar pahala bagi orang yang solat berjemaah dan dia mahu ambil peluang keemasan itu. Rugi kalau tidak direbut. Walaupun Ayma mengambil wuduk dalam keadaan tergesa-gesa,tata tertib berwuduk masih dijaganya. Takut juga wuduknya tidak sah.
Selesai berwuduk,Ayma menyarungkan telekung yang telah disediakan. Keadaan surau yang kosong itu memberi peluang kepada Ayma untuk mengambil tempat yang paling hadapan. Tidak lama selepas itu,Azan zohor sayup kedengaran. Dup!! Ayma tersentak. Ayma hairan mendengar azan yang di laungkan sambil mulutnya menjawab azan yang dilaung. Kenapa azan yang dilaungkan hari ni tidak seperti hari-hari sebelum ni? Sungguh! Mendengarnya saja membuatkan hati Ayma sayu. Tanpa dipinta air matanya yang ditahan mengalir. Siapa yang laungkan azan ni? Ni bukan suara pak cik Farid. Pertama kali dia mendengar suara ini melaungkan azan setelah 5 tahun dia bersekolah di sini.Selesai azan di laungkan,Ayma mengelap air matanya dengan hujung telekung yang di pakainya. Tiba-tiba,langsir yang memisahkan bahagian lelaki dan perempuan sedikit terselak akibat angin yang bertiup agak kuat dari luar memberi peluang kepada Ayma untuk melihat gerangan yang melaungkan azan tadi. Ya! Lelaki itu! Lelaki yang di langgarnya tadi. Tapi kenapa mesti dia?
Husna yang baru saja selesai berwuduk pelik melihat Ayma yang sedang terjenguk-jenguk seperti pencuri. Dah kenapa pulak dengan anak dara sorang ni. Dah tak betul ke? Omel Husna sendirian di dalam hatinya. Pelik juga dia melihat gelagat teman karibnya itu. Dengan separuh berbisik,Husna menegur Ayma yang masih tidak menyedari kehadirannya di situ.
‘ Ayma,apa kau buat tu? Orang dah nak solat la. Yang kau terjenguk-jenguk tu kenapa?Ada apa?’,ujar Husna perlahan. Bimbang didengari oleh jemaah lain yang baru memasuki surau untuk menunaikan perintah Allah S.W.T. yang satu itu.
‘ Eh…kau. Dah sampai. Emm aku nak solat la ni. Tak nampak ke? Tu orang dah iqamat tu. Jom,jom.’,balas Ayma tergagap-gagap. Sungguh,Ayma terkejut kerana ditegur oleh Husna secara tiba-tiba. Malu sungguh Ayma pada Husna. Pasti Husna nampak apa yang dia buat tadi. Tidak!!
‘Ayma…..kenapa dengan mata kau? Kau menangis ke? Kenapa ni?’,pantas jari Husna menyeka air mata yang masih berbaki di tubir sepasang mata milik Ayma. Husna hairan melihat kenapa tiba-tiba Ayma menangis. Pertama kali Husna melihat Ayma menangis. Selalunya gadis itu sentiasa happy dan sentiasa tersenyum.
‘ Haa? Menangis? Eh..mana ada aku menangis. Merepek la kau ni. Tadi,mata aku masuk habuk. Angin kat luar tu kuat sangat. Dah,dah jom kita solat. Orang dah mula solat tu.’,balas Ayma kalut sambil membetulkan kedudukannya.
‘ Yeke…emm okey. Ingat kan kau menangis tadi. Dah,jom solat.’,
Husna tersenyum dengan anggukan Ayma. Ayma dan Husna mula bersolat dan menghambakan diri kepadaNya. Sempat Ayma berdoa didalam hatinya agar Allah S.W.T sentiasa melindunginya daripada sebarang perkara-perkara mungkar dan merahmati hidupnya diatas muka bumi ini.
Comments
Post a Comment