BAB 6
Amin Rafiqi tersedar dari tidurnya apabila
terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Amin Rafiqi cuba mengerah
fikirannya mengingati apa yang berlaku semalam. Ya. Seingatnya dia ada menyuruh
Ayma untuk tidur bersamanya. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh
mengubah fikirannya dengan membiarkan Ayma untuk tidur disebelahnya. Padahal dia sendiri yang
mahukan wanita itu bencikan dirinya. Perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan
tubuhnya untuk melihat sekujur tubuh disebelahnya yang kini telah sah menjadi
isterinya. Memang tidak percaya. Hanya sekelip mata,dia sudah bergelar suami
orang. Yang lebih mengejutkan bukan suami kepada orang yang dia sayang,tetapi
kepada orang yang sudah terang-terang menyayangi dirinya sejak dari dulu. Tapi sayang,dia
tidak boleh menyayangi gadis yang bergelar isterinya kini kerana hatinya sudah
sepenuhnya diberikan kepada arwah Sofea. Lama Amin Rafiqi merenung wajah Ayma.
Jarinya sempat bermain-main diwajah polos Ayma yang sedang nyenyak tidur. Rasa
kasihannya tumpah kepada isterinya itu.
' Abang minta maaf Ayma. Abang
tak mampu nak sayang Ayma. Abang tak mampu. Abang minta maaf,tapi abang dah
cuba untuk buka hati abang untuk Ayma,abang tetap gagal. Dan sebab tu abang nak
Ayma benci abang. Abang dah tak nak beri harapan pada Ayma sebagaimana abang
pernah beri harapan palsu kepada Ayma dulu. Abang terpaksa buat semua ni. Abang
tak nak Ayma terseksa hidup dengan abang. Tak apa,Ayma jangan risau abang akan
cuba untuk mengelak dari Ayma mulai dari
hari ni. Abang minta maaf yer sayang..tidurla. Kali ni je abang berpeluang nak
menatap wajah Ayma secara dekat macam ni dan kali ni saja abang akan berpeluang
menyentuh Ayma', tutur Amin Rafiqi perlahan lalu mengucup dahi Ayma dengan
penuh syahdu. Air mata lelakinya sudah lama ingin gugur tetapi dia cuba untuk
menahannya. Takut juga Ayma akan terjaga
dari tidurnya. Sekali lagi Amin Rafiqi menatap wajah Ayma sebelum
perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan
tangan Ayma yang sedang memeluk dirinya. Jam baru menunjukkan pukul 3
pagi. Amin Rafiqi bangkit dari tidurnya untuk ketandas. Dia mahu mengambil
wuduk untuk bersolat malam. Waktu-waktu begini memang baik untuk bersolat
malam. Mudah dikabulkan doa bagi hamba-hambaNya yang bangun untuk bersujud
kepadaNya.
Setelah yakin kelibat Amin Rafiqi sudah
menghilang,Ayma membuka matanya perlahan-lahan. Kolam air mata yang ditahannya
dari tadi akhirnya pecah jua. Ayma menangis tersedu-sedu dan sedaya upaya
menahan tangisnya daripada didengari oleh Amin Rafiqi.
' Sampai hati abang buat Ayma macam ni. Sampai
hati abang. Apa salah Ayma? Kenapa abang tak pernah beri peluang pada Ayma? Dan
kenapa abang mesti seksa hati Ayma dengan memberi Ayma harapan sedangkan abang
sendiri tahu abang yang akan musnahkan harapan tu?? Kenapa?? Kenapa abang buat
Ayma macam ni.' ucap Ayma sendirian. Pilu . Perlahan sahaja bunyinya. Bimbang
Amin Rafiqi akan perasan akan dirinya yang sudah tenggelam dalam tangisan
sendunya. Lirih hatinya mendengar pengakuan Amin Rafiqi tadi. Ayma kecewa
dengan Amin Rafiqi. Tidak layakkah dirinya ini disayangi oleh lelaki itu? Hina
sangatkah dirinya itu sehinggakan Amin Rafiqi tidak pernah cuba untuk memberi
peluang kepada dirinya untuk meraih cinta lelaki itu? Ya Allah,salahkah aku
untuk menyayanginya Ya Allah?? Kenapa dia tak pernah beri peluang kepadaku
untuk menyayanginya Ya Allah??
Ayma cepat-cepat menutup kembali matanya
apabila terdengar pintu bilik air yang ditutup. Air matanya juga pantas dilap
dengan hujung gebar yang menyelimuti tubuhnya saat itu. Mesti Amin Rafiqi sudah
selesai membersihkan dirinya dan mengambil wuduk. Ayma berpura-pura mengalihkan
posisi tidurnya daripada membelakangi Amin Rafiqi kepada posisi yang
membolehkan Ayma mencuri pandang Amin Rafiqi yang sudah lengkap berjubah putih
dan berketayap. Ayma jadi terbuai dengan penampilan Amin Rafiqi itu. Lama dia
tidak melihat Amin Rafiqi berjubah seperti itu. Seingatnya sudah hampir lima
tahun Ayma tidak melihat Amin Rafiqi berpakaian sebegitu. Hati Ayma jadi cair
setiap kali melihat penampilan Amin Rafiqi yang satu itu. Lama Ayma merenung
Amin Rafiqi sehingga tidak sedar dirinya menjadi perhatian Amin Rafiqi. Amin
Rafiqi merenung tajam Ayma yang leka memandangnya itu. Bagaimana dia mahu
bersolat dengan khusyuk sementara ada mata yang tidak lekang memandangnya. Melihat
Ayma yang tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia akan menghentikan
perbuatannya itu,pantas kaki Amin Rafiqi diatur menghampiri Ayma. Amin Rafiqi
dapat melihat mata Ayma yang merah seperti baru lepas menangis. Walaupun dalam
kedaan samar-samar,Amin Rafiqi yakin yang Ayma baru lepas menangis,tapi
kenapa?? Ayma dengar ke apa yang dia cakap?
Ayma tersedar dengan perbuatannya. Melihat
Amin Rafiqi yang semakin menghampiri,cepat-cepat Ayma berpura-pura seperti
sedang tidur. Matanya ditutup rapat-rapat. Bunyi dengkuran halus cuba
dihasilkan Ayma supaya dapat menjayakan lakonannya. Amin Rafiqi yang sudah tahu
lakonan Ayma itu sengaja berpura-pura seakan-akan dia tidak tahu bahawa dia
melihat segala perbuatan Ayma tadi.
' Alahai,comelnya isteri abang tidur ni. Rasa
macam nak cium je pipi tembam dia tu.
Tangan Amin Rafiqi mula mengelus lembut pipi Ayma. Ayma terkaku. Matanya
semakin dikatup rapat. Takut. Niat Amin Rafiqi
hanya ingin mengusik Ayma tetapi entah apa yang mendorongnya untuk
membuat lebih dari itu. Melihat Ayma yang berpura-pura menutup matanya itu
mencuit hati Amin Rafiqi. Terasa comel sangat. Tanpa disedari satu ciuman
singgah di mata Ayma.
' Cupp!!',
Terkejut dengan tindakan Amin Rafiqi itu
lantas Ayma membuka matanya. Bulat biji mata Ayma dengan tindakan Amin Rafiqi
yang tidak terjangkau dek akal kecilnya itu.
'Abang!! Abang buat apa ni? ',sedikit terjerit
Ayma menuturkannya. Ayma bangkit dari baringnya. Matanya tajam merenung Amin
Rafiqi yang selesa dengan mempamerkan muka selamba badaknnya. Meroyan kot orang
tua ni. Pagi-pagi buta pandai pulak dia ambil kesempatan. Arghhhh....! Sakit
hati Ayma memikirkannya. Tapi jauh disudut hati Ayma,dia sedikit terkesan
dengan tindakan Amin Rafiqi sebentar tadi. Seperti ada bunga-bunga pengharapan
mula bercambah kembali. Tunggu masa untuk mekar semula sahaja walaupun Ayma
tahu ia akan mengambil masa yang lama. Tapi,bagaimana dengan ucapan yang
diluahkan Amin Rafiqi tadi bahawa dia akan menjauhkan dirinya dan tidak akan
cuba untuk mencintai dirinya? Memikirkan itu,Ayma jadi sebak semula. Mungkin
Amin Rafiqi mahu mempermainkan perasaannya lagi. Ya! Betul! Itu la jawapan yang
sesuai buat masa sekarang. Ayma,please don't be a stupid girl again! Jangan
mudah simpan harapan kepada orang yang tak pernah hargai perasaan kau. Ingat!
Kau pun ada maruah! Kau ada harga diri!
'Abang buat apa? Sepatutnya abang yang tanya
Ayma. Apa yang Ayma buat? Ingat abang tak tahu yang Ayma asyik pandang abang
tak berkedip dari tadi? Jadi siapa yang salah sekarang ni? Kalau Ayma marah
abang cium Ayma tadi,abang rasa itu bukan satu kesalahan pun. Dapat pahala lagi
ada la. ',ujar Amin Rafiqi. Dia cuba mengawal perasaannya. Entah. Apa yang
dirasakannya sekarang terlalu indah untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Mungkin
ini adalah satu kelebihan untuk orang-orang yang mendirikan masjid. Sungguh
indah perasaan itu. Tapi sayang. Dia tak nak kalau dia terus-terusan terbuai
dengan perasaan ini,dia bimbang hati Ayma pulak yang akan terasa. Dia takut
untuk terus beri harapan kepada Ayma. Dia takut dia akan musnahkan lagi harapan
itu.
'Abang jahat!!! Ayma tak suka! Ikut suka abang
je nak buat apa. Abang suka buat Ayma macam ni. Ayma benci abang! Ayma tak nak
kawan dengan abang. Tak nak!!',laju air mata Ayma menuruni pipinya. Sedihnya
tak terkata. Mudah sangat Ayma terasa dengan Amin Rafiqi. Sejak Amin Rafiqi mengherdiknya tempoh hari,dia
jadi sensitif. Terlalu sensitif dengan setiap perbuatan Amin Rafiqi. Ayma
merasakan dirinya ini tak ubah seperti perempuan murah. Dahla Amin Rafiqi
mengahwininya tanpa kerelaan hati. Ditambah pula dengan kebencian lelaki itu
terhadapnya yang jelas ternyata sejak perginya arwah Sofea. Lagi bertambahla
luka dihatinya. Tak bolehkah walaupun
sedikit sahaja Amin Rafiqi menghormati dirinya sebagai wanita? Tak layakkah
dia?
Melihat air mata Ayma,Amin Rafiqi jadi serba
salah. Amin Rafiqi ingin menyeka air mata isterinya itu tapi akalnya lebih
pantas bertindak. Kalau dia berbuat begitu Ayma akan lebih menaruh harapan
kepadanya. Lantas dimatikan sahaja niatnya itu.
' Dah menangis pulak. Benda kecil je pun.
Bukannya abang buat apa-apa pun. Kalau abang buat lebih entah apa yang jadi
pulak. Sikit-sikit menangis. Ingat cantik sangatla menangis tu. Daripada Ayma
menangis,lebih baik alang-alang dah terjaga ni,pergi ambil wuduk,kita solat
sekali. Ingat. Jangan nak bertapa dalam bilik air tu lama-lama sangat. Cepat
sikit. Abang nak ambil wuduk pula lepas tu. Ayma la ni. Tak pasal-pasal batal
wuduk abang.',
Bertambah sedih hati Ayma mendengar kata-kata
Amin Rafiqi tadi. Bukan nak memujuk Tanpa banyak bicara,Ayma mengatur
langkahnya kebilik air. Lemah. Bukan sahaja lemah kerana luka dihatinya tapi
juga disebabkan sakit perutnya yang tiba-tiba memulas. Ditambah pula dengan
pinggangnya yang dirasakan sengal-sengal dan lenguh. Dah kenapa dengan kau ni
Ayma.
Pintu bilik air dibuka
perlahan-lahan. Kelibat Ayma hilang di balik pintu. Amin Rafiqi yang melihat
rasa bersalah dengan perbuatannya tadi. Kejam sangat ke aku cakap tadi sampai
Ayma jadi begitu. Arghhh....,aku bukan buat macam tu saja-saja. Aku cuma tak
nak terus beri harapan kat Ayma.
Tak lama kemudian,Ayma keluar
dari bilik air. Lesu dan lemah. Sakit perut Ayma semakin memulas. Pedih. Itu
yang dapat dirasakannya waktu ini.
Pandangan mata Ayma semakin lama semakin kabur. Bukan mengantuk tetapi
Ayma merasakan dirinya terlalu lemah akibat sakit perutnya yang teramat. Yang
Ayma nampak sekarang ni cuma katil. Dia ingin cepat-cepat berbaring semula.
Tapi ada perkara yang perlu diselesaikannya dulu sebelum itu.
Semakin lama langkah Ayma
dirasakannya semakin lemah dan akhirnya pukk!!
Ayma jatuh terkulai menyembah
bumi. Amin Rafiqi yang duduk dibirai katil terkejut melihat sekujur tubuh Ayma
jatuh terjelepok di atas lantai.
'Ya Allah! Ayma!',Amin Rafiqi segera menerpa
kearah Ayma. Wajah Ayma pucat. Kenapa dengan Ayma ni?
' Ayma! Ayma,bangun Ayma. Ayma kenapa ni?
Ayma!',puas Amin Rafiqi memanggil tapi masih tiada sahutan. Melihat keadaan
Ayma yang tidak sedarkan diri itu,Amin Rafiqi segera mencempung tubuh Ayma
untuk dibaringkan diatas katil. Baru sahaja mahu mencempung tubuh isterinya
itu,tangan Amin Rafiqi dapat merasa cecair panas dibelakang punggung Ayma.
' Ya Allah! Darah! Datang period rupanya budak
ni. Ayma. Ayma,bangun! Bangun Ayma!;',lantas dicempung juga tubuh Ayma ke katil.
Melihat keadaan cadar yang tercalit tompokan darah itu,mematikan niat Amin
Rafiqi untuk membaringkan Ayma.
'Apa aku nak buat ni?',Amin Raifiqi jadi
buntu seketika. Ayma di dalam cempungannya dipandang sayu. Akhirnya Amin Rafiqi
membaringkan juga Ayma diatas katil. Cadar boleh dibasuh kan. Kain pelikatnya
yang tersimpan didalam almari pakaiannya diambil dan dilapik dibawah punggung
Ayma. Amin Rafiqi dapat rasakan darah Ayma semakin banyak keluar.
Setelah selesai mencuci tangannya,Amin Rafiqi
sekali lagi cuba kejutkan Ayma,tapi tetap sama. Masih tiada sahutan.
Amin Rafiqi cuba percikkan sedikit air dan
menyapu muka Ayma dengan air . Melihat kelopak mata Ayma yang bergerak perlahan
itu membuatkan bibir Amin Rafiqi mula menguntum senyuman.
'Abang.....Ayma kat mana ni? Kenapa dengan
Ayma ni?',Ayma memegang bawah perutnya yang masih memulas itu. Ayma cuba untuk
bangkit tapi semakin digerakkan badannya semakin terasa sengalnya. Ayma dapat
rasakan kain batik yang dipakainya basah. Baru dia ingat,tadi dia ingin
mengambil tuala wanita didalam almari bajunya tetapi entah macam mana dia boleh
ada atas katil pulak ni.
' Ayma pengsan. Ayma....Ayma
senggugut tu,itu yang sampai pengsan tu. Sakit sangat ke senggugut tu sampai
boleh pengsan?',tanya Amin Rafiqi tergagap-gagap. Risau dibuatnya melihat Ayma.
Pucat muka Ayma dilihatnya. Tak bermaya.
' Hmm...bolehla tahan sakitnya. Tepi sikit.
Ayma nak bangun ni',Ayma gagahkan juga untuk bangun dari perbaringannya. Dia
mahu mengambil tuala wanita dan kain batik yang baru. Dah basah sangat dah kain
batik yang dipakainya sekarang.
Amin Rafiqi cuba untuk
membantu Ayma bangun tetapi cepat saja tangannya ditepis Ayma.
' Ayma boleh bangun sendiri. Abang tak payah
nak susahkan diri abang. Terima kasih.', ujar Ayma dingin. Amin Rafiqi jadi
rasa bersalah pulak melihat reaksi Ayma yang dingin itu. Takpa Amin Rafiqi. Ni
peluang untuk kau buat dia bencikan kau. Amin sekadar bermonolog sendirian. Ya!
Dia perlu buat Ayma bencikan dia. Amin Rafiqi sudah tidak sanggup untuk
mempermainkan perasaan Ayma lagi. Sudah lama isterinya itu terdera dengan
harapan palsu darinya. Maafkan abang Ayma. Mungkin cara abang ini akan lebih
menyakitkan Ayma,tapi percayala. Abang buat semua ni sebab abang sayangkan
Ayma. Abang sayangkan Ayma macam abang sayangkan adik-adik abang. Abang tak
mampu nak sayang Ayma lebih dari itu. Maafkan abang.
Amin Rafiqi sekadar melihat Ayma hilang
dibalik pintu bilik air dengan pandangan sayu dan rasa bersalah.
Maafkan abang sayang........
Comments
Post a Comment