Skip to main content

BAB 3


BAB 3
 ‘Sofea,what wrong with you dear? Kenapa Sofea tak bagitahu Min yang Sofea dah lama sakit?’,ujar Amin Rafeeqi serak kepada Sofea yang terlantar lemah di atas katil hospital. Amin Rafeeqi kemudiannya megambil tempat disebelah Sofea. Ayma menjadi sayu melihat keadaan Sofea kelihatan begitu tidak bermaya. Tubuhnya juga sudah semakin kurus,kurus sangat.Ayma dikhabarkan oleh mama Sofea bahawa Sofea sudah lama menghidap penyakit kanser kolon. Ayma yang berada disebelah Sofea tidak dapat menahan sebaknya apabila melihat keadaan Sofea yang semakin tenat itu. Perlahan-lahan Ayma mengusap kepala Sofea yang masih bertudung itu.
 ‘ Min,Sofea minta maaf. Sofea tak nak Min risau pasal Sofea. Sofea sayang Min,sayang sangat. Tapi Sofea tak mampu. Sofea tak mampu nak sayang Min. Sofea tahu Min layak dapat orang yang jauh lebih baik dari Sofea,dan orang tu ialah Ayma. Sofea tahu Ayma dah lama tunggu Min dan Sofea jugak tahu yang Ayma dah lama sukakan Min. Terimalah
Ayma Min. Kahwinlah dengan Ayma. Sofea nak sangat tengok Min kahwin dengan Ayma. Please…’,ujar Sofea lemah sambil memandang Amin Rafeeqi disebelahnya dan kemudian memandang Ayma disebelahnya pula. Amin Rafeeqi terkejut dengan permintaan Sofea. Kahwin? Kahwin dengan Ayma? Kenapa dia perlu kahwin dengan Ayma? Dia tak pernah cintakan wanita itu. Ayma yang mendengar juga kaget dengan permintaan Sofea. Macam mana Sofea tahu dia sukakan Amin Rafeeqi? Arhhh!!!
 ‘ What! Sofea! Apa yang Sofea cakap ni? Sofea nak Min kahwin dengan Ayma? Kenapa? Min tak pernah cintakan perempuan ni,Min cuma cintakan Sofea sorang je? Kenapa Sofea buat Min macam ni? Listen here okay,for your information,I’m not going to marry her! Full stop!’,jerit Amin Rafeeqi tiba-tiba kepada Sofea. Marah sungguh Amin Rafeeqi. Jarinya pula sudah dihalakan tepat kearah Ayma yang duduk di sebelah Sofea.  Amin Rafeeqi bengang mendengar permintaan Sofea yang memang karut itu. Mana mungkin dia akan kahwin dengan perempuan yang sudah dia anggap seperti adik itu. Lagipun memang seratus peratus dia tidak pernah cintakan Ayma! Ayma yang terkejut mendengar jeritan Amin Rafeeqi mula menundukkan wajahnya. Sungguh! Ini kali pertama Ayma melihat lelaki itu marah. Ayma jadi takut. Sebelum ini lelaki itu terkenal dengan sikap lemah lembutnya dan murah dengan senyuman. Tapi kini,lelaki itu sudah tak ubah seperti gunung berapi yang rancak memuntahkan laharnya yang panas. Air mata Ayma sudah tidak dapat ditahan lagi daripada mengalir. Ayma sedih mendengar pengakuan dan herdikan Amin Rafeeqi yang dirasakannya seperti sembilu yang hebat mencucuk ke tangkai hatinya.
 ‘ Min,tolongla,ni je permintaan Sofea. Tolongla. Ayma,please,marry him okay. Maafkan abang Amin,dia tak bermaksud nak cakap macam tu.’,rayu Sofea kepada Amin Rafeeqi dan Ayma dengan tangisannya yang sudah mula berlagu. Sofea tahu dia tidak dapat bertahan lama. Penyakitnya sudah ditahap yang kritikal. Tiada ubat yang boleh menyembuhkannya. Tangan Sofea pula sudah mula menggenggam erat jari jemari Ayma. Sofea tahu mesti gadis itu sedih dengan herdikan Amin Rafeeqi tadi. Mesti Ayma kecewa dengan sikap Amin Rafeeqi. Sofea tahu Ayma sudah lama menyimpan perasaan terhadap Amin Rafeeqi.
 ‘ Okay! Kalau itu yang Sofea nak Min buat,Min akan buat. Min akan kahwin dengan perempuan ni! Puas?’,balas Amin Rafeeqi kasar. Tangannya masih tidak jemu dihalakan kearah Ayma. Ayma lantas mengangkat wajahnya setelah mendengar kata-kata Amin Rafeeqi tadi. Tak! Dia tak pernah mintak untuk kahwin dengan lelaki itu. Tak pernah sekalipun dia bermimpi untuk berkahwin dengan Amin Rafeeqi. Tak pernah!
 ‘ Enough! I’m not going to marry him!’,jerit Ayma tiba-tiba. Ayma pantas bangkit dari duduknya yang dirasakan semakin lama semakin tidak selesa itu. Ayma tidak boleh tinggal diam. Dia perlu bersuara. Mereka berdua ingat dia patung,ikut je semua yang mereka suruh. Terima semua yang mereka cakap padanya. Tidak! Dia bukan perempuan seperti itu. Dia ada maruah! Dia ada harga diri!
 ‘ Hei! Kau jangan nak tunjuk baik lah kat sini! Jual mahal konon. Kau ingat aku tak tahu. Ni semua rancangan kau kan? Kau yang hasut Sofea suruh aku kahwin dengan kau? Jangan nak berlakon la. Puas la kau sekarang kan,aku dah setuju nak kahwin dengan kau. Listen here Cik Ayma Farisya bt Mohd Farid,buka telinga kau tu besar-besar,aku nak kau dengar betul-betul. Aku ,Mohd Amin Rafeeqi bin Mohd Azahari, takkan pernah cintakan kau walaupun kau kahwin dengan aku!! Kau dengar tak ni? Ke kau nak aku ulang sekali lagi?’, balas Amin Rafeeqi lagi. Kali ini lebih kasar daripada tadi. Sesungguhnya,Amin Rafeeqi berasa seperti dirinya dicabar oleh kedua-dua orang wanita di hadapannya itu. Mendengar kata-kata Amin Rafeeqi itu,tidak semena-mena air mata Ayma yang memang sedia mengalir,mengalir lagi. Kali ini lebih deras alirannya. Sungguh! Ayma kecewa dengan Amin Rafeeqi. Ayma tidak menyangka bahawa Amin Rafeeqi tega menghinanya dan merendah-rendahkan maruahnya dihadapan Sofea. Tidak cukup dengan itu,Amin Rafeeqi juga telah memfitnahnya.
 ‘ Min! Apa yang Min merepek ni? Cuba istigfar banyak-banyak Min,Min sedar tak apa yang Min cakap ni?’,Sofea mula bersuara setelah melihat keadaan makin tegang. Walaupun tubuhnya sudah semakin lemah,dia tidak boleh membiarkan dua insan itu terus saling menyalahkan. Suaranya yang perlahan itu cuba dikuatkan agar Amin Rafeeqi sedar dengan kata-katanya yang agak melampau itu. Amin Rafeeqi dilihatnya sudah keterlaluan.
 ‘ Ahh..peduli apa aku! Sudahlah!’,kata Amin Rafeeqi lagi dan terus menapak keluar dari wad dimana Sofea ditempatkan. Sempat Amin Rafeeqi menghempas pintu. Kuat bunyinya sehingga mampu menggegarkan jantung Ayma. Tangisan Ayma berlagu lagi. Sofea pula hanya mampu menggeleng kepalanya. Kepalanya yang sakit bertambah lagi sakitnya melihat sikap Amin Rafeeqi itu. Tiba-tiba Sofea berasa seperti dadanya sesak.
 ‘ Ay….m..ma…Sofea saa….kit..’,ujar Sofea kepada Ayma dengan nafasnya yang tersekat-sekat. Dadanya menjadi semakin lama semakin sesak menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
 ‘ Sofea,kenapa ni? Sofea!Sofea..!’,jerit Ayma kaget. Ayma tak tahu nak buat apa. Ayma gabra. Sofea dilihatnya sudah semakin teruk. Nafasnya turun naik. Ayma segera memanggil doktor yang bertugas merawat Sofea dengan menekan butang merah disisi katil Sofea. Sementara itu Sofea tidak henti-henti menenangkan Sofea dan mengajarnya untuk mengucap.
 ‘ Sofea,sabar Sofea sabar..mengucap Sofea. La ila ha illaAllah…’,kata Ayma perlahan. Ayma mendekatkan bibirnya di telinga kanan Sofea. Tangan Ayma sudah berada dalam genggaman Sofea. Terasa lemah dan sejuk.
 ‘ Ayma….janji tau dengan Sofea,kahwin dengan abang Amin. Sofea dah tak boleh bertahan dah. Sofea dah tak mampu..laila ha illaAllah…’,ujar Sofea perlahan-lahan. Air mata Sofea mengalir lemah. Genggaman tangan Sofea yang tadi dirasakan agak erat kini sudah tiada. Ayma tahu Sofea sudah meninggalkan dunia fana ini. Tangisan Ayma sudah mula berlagu lagi. Kuat dan semakin kuat.
 ‘ Sofea,Sofea…bangun Sofea,bangunla. Ayma janji,Ayma janji akan kahwin dengan abang Amin. Bangunla Sofea,bangun!! Jangan buat Ayma macam ni..’,rintih Ayma. Ayma seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sofea telah pergi meninggalkannya. Selama ini Ayma sudah menganggap Sofea sebagai kakaknya dan oleh kerana itu kehilangan Sofea memberi kesan yang  mendalam dalam dirinya.
 ‘Sofea!!’,jerit Amin Rafeeqi tiba-tiba setelah melihat tangisan Ayma yang berlagu kuat. Tidak! Sofea takkan pergi meninggalkannya! Kenapa mesti terlalu cepat? Kenapa?  Amin Rafeeqi akhirnya tertunduk lesu melihat tubuh Sofea yang kaku di atas katil itu.
…………………………………………………………………………………………………….
  Ayma memanjatkan rasa syukurnya kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar. Tanah pusara yang masih merah dan lembap tampak lesu tidak bermaya tatkala jenazah Sofea selesai dikebumikan. Keheningan suasana bagai mengerti pemergian seorang lagi hamba Allah dari muka bumi. Itulah adat hidup seseorang manusia yang semestinya akan berhadapan dengan maut apabila ajal menjemput tiba. Ayma menyiram kubur Sofea yang masih merah itu dengan air mawar di tangannya. Amin Rafiqi sudah terlebih dahulu pulang. Mungkin mahu menenangkan perasaannya yang sedih atas kehilangan insan yang dia sayang. Air mata Ayma cuba ditahan daripada mengalir. Sungguh! Bukan Amin Rafiqi saja yang sedih malah dia sendiri juga sedih dengan pemergian Sofea. Salah seorang wanita yang memang Ayma hormati selama ini kerana kelembutannya dalam bertutur dan membuat keputusan.
  Puan Zakiah di sebelah Ayma hanya merenung kosong kearah kubur Sofea dengan tangisan kecilnya. Lama. Sofea merupakan anak tunggalnya. Walaupun Puan Zakiah sedih dengan pemergian arwah,Puan Zakiah hanya mampu menerimanya dengan redha. Mungkin Allah lebih menyayangi anaknya itu dan mungkin dengan pemergian Sofea,ada hikmah yang akan menyusul. Puan Zakiah mengelap air matanya yang mengalir dengan hujung tudung bawal putih yang dipakainya. Puan Zakiah memandang pula kearah Ayma. Gadis itu masih lagi menangis.
  ‘Ayma,sudahla nak,ini semua ketentuan Allah S.W.T. Kita sebagai hambanya kenalah tempuhinya dan menerimanya dengan hati yang redha dan ikhlas. Sabar ye Ayma. Mak cik pun sedih. Yela,Sofea saja la satu-satunya anak yang mak cik ada. Sekarang dia dah tak ada,mesti lepas ni mak cik akan rasa sunyi.’,tutur Puan Zakiah kepada Ayma dengan tangisan yang masih bersisa. Suaranya juga kedengaran serak. Mungkin terlalu banyak menangis.
  ‘Ayma cuma rasa bersalah mak cik. Lagipun Ayma dah anggap Sofea tu macam kakak Ayma sendiri. Mak cik pun jangan la sedih,Ayma janji Ayma takkan sedih lagi kalau mak cik tak sedih dan lagi satu mak cik jangan risau,lepas ni mak cik takkan sunyi sebab Ayma kan ada. Ayma boleh ganti tempat Sofea. Dah mak cik jangan sedih lagi ye.’,ujar Ayma kepada Puan Zakiah . Jari jemari Ayma pula lincah mengelap air mata wanita separuh abad di sebelahnya itu.
  ‘ Terima kasih ye Ayma. Mak cik sayang Ayma. Mak cik pun dah anggap Ayma macam anak mak cik sendiri. Jom la kita balik Ayma. Tak baik kita berlama-lama kat kubur ni. Lagi satu,esok Ayma datang rumah mak cik yer,mak cik ada hal nak bincang.’balas Puan Zakiah sambil memegang tangan Ayma yang sedang mengelap air matanya itu. Puan Zakiah kemudiannya mengusap kepala gadis itu. Kasihnya tumpah pada gadis itu. Baginya Ayma memang gadis yang baik dan lemah lembut. Dia juga sudah lama menganggap gadis itu seperti anaknya.
  ‘ In sha Allah,mak cik..jomla kita balik’,Ayma melemparkan senyumannya kepada Puan Zakiah. Ayma senang diperlakukan seperti begitu. Terasa dirinya disayangi. Ayma dan Puan Zakiah mula mengatur langkah meninggalkan tanah perkuburan. Walaupun berat terasa,mereka harus pergi. Dalam hati Ayma,tidak jemu-jemu dia berdoa agar Allah menghindarkan arwah Sofea daripada siksa api neraka dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang yang soleh..

Comments

  1. solehah ! kenapa ending nya sedih???!!!!

    ReplyDelete
  2. aman..hehehe....ehhh mna ending lg tu...sedih ke?? jgn nangis,sedia tisu bnyk2 tau.. :-)

    ReplyDelete
  3. laa .. ingat kan dah habis :) .. nak endinggggggggggggggggggg !

    ReplyDelete
  4. laaaa...aman itu kan bru bab 3...aman follow dr bab 1 ke? hehe..bab4 dah siap...dlm progress bab 5..:-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 5

BAB 5   Ayma terjaga daripada tidur. Tatkala dia membuka kelopak mata,dia mendapati hari sudah beransur senja. Laungan azan yang kedengaran dari surau kampung Bujang Indah itu menyedarkan Ayma untuk segera bangkit dan bersolat maghrib.Ayma membetulkan baju pengantinnya yang masih tersarung di tubuhnya itu. Tudungnya juga masih tidak dibuka. Hari ini Ayma terasa penat sangat. Maklumlah,hari ini Ayma sudah sah bergelar isteri kepada Amin Rafiqi. Hanya dengan sekali lafaz statusnya sudah berubah daripada bujang kepada seorang isteri. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka tadi ...

BAB 2

BAB 2  ‘ Ayma!!! Aku dah dapat! Aku dah dapat! ‘,Izuddin menjerit dari jauh setelah kelibat Ayma dilihatnya keluar dari makmal kimia sekolah mereka. Ayma yang mendengar jeritan itu sedikit tersentak. Ayma mengalihkan pandangannya kearah Izuddin yang sudah tercungap-cungap kerana penat menjerit. Mana taknya,dari jauh sudah dengar suaranya memekik. Dah macam orang kurang siuman pulak.  ‘Kenapa dengan kau ni. Apa yang kau dah dapat sampai terpekik terlolong dari jauh ni Din? Cepatla bagitahu aku. Lepas ni kita nak kena pergi makmal fizik pulak. Kang cikgu marah pulak. Cepatla.’,paksa Ayma.Ayma juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang Izuddin sudah dapat. Entah-entah ‘benda’ yang dia suruh Izuddin dapatkan untuknya minggu lepas kot. Tapi takkan cepat sangat. Biar betul mamat ni. Ayma sekadar mengagak sendiri.  ‘ Kau ni,buat-buat don’t know pulak. Abang Amin Rafeeqi kau la. Nah,ni nombor dia. Susah betul nak mintak nombor dia. Banyak soalan. Macam polis je. Ha...

BAB 6

BAB 6   Amin Rafiqi tersedar dari tidurnya apabila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Amin Rafiqi cuba mengerah fikirannya mengingati apa yang berlaku semalam. Ya. Seingatnya dia ada menyuruh Ayma untuk tidur bersamanya. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mengubah fikirannya dengan membiarkan Ayma untuk tidur disebelahnya.   Padahal dia sendiri yang mahukan wanita itu bencikan dirinya. Perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan tubuhnya untuk melihat sekujur tubuh disebelahnya yang kini telah sah menjadi isterinya. Memang tidak percaya. Hanya sekelip mata,dia sudah bergelar suami orang. Yang lebih mengejutkan bukan suami kepada orang yang dia sayang,tetapi kepada orang yang sudah terang-terang menyayangi dirinya sejak dari dulu. Tapi sayang,dia tidak boleh menyayangi gadis yang bergelar isterinya kini kerana hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada arwah Sofea. Lama Amin Rafiqi merenung wajah Ayma. Jarinya sempat bermain-main diwajah polos Ayma ...