Skip to main content

Temuduga IPG 2014 Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Temuduga IPG 2014 (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)

okeyh! assalamualaikum....ya Allah lama betul aku tak meng'update' blog aku ni. dah berhabuk rupanyer....hohohoh....fuhhhh!! kasi cuci habuk dulu yer :-)

 ok,nak cakap pasal temuduga IPG ni,sebenarnya hari tu aku ada pergi temuduga IPG ni. hmm memang totally berbeza dari tahun-tahun lepas. kali ni diorang buat dalam group. and then diorang buatla sesi temuduga tu macam biasa cuma kita tak berseorangan la,ada lagi peserta lain la....


untuk kos aku ni (seperti yang tertera kat atas tu ),kami ada dua slot,first berbahasa melayu,iaitu,mereka akan tayangkan sebuah video dan soalan akan ditanyakan berkenaan video yang ditunjukkan tu. second is,in english. all in english. soalan yang ditanyakan ikut selera penemuduga tu. that's all. tu je. no individual interviews :-)

okay...untuk kos lain selain TESL, semua soalan akan disoal dalam bahasa melayu. itu apa yang diberitahu kat aku la oleh penemuduga kat situ....By the way~~~~

okay. soalan yang ditanya kat aku hari tu......

.....mula-mula sesi perkenalkan diri setiap seorang.... 

then,baru start interview's sessions :-)











1) (video yang ditayangkan adalah berkenaan pusat kebajikan dalam komuniti)
    ....apa pandangan anda tentang video yang dipaparkan sebentar tadi?...(volunteer,sapa2 jer boleh jawab )

2) isu orang kurang upaya, (still terikat dengan video tadi )...bagaimana kerajaan membantu kanak-kanak yang kurang upaya ni untuk belajar? apa kemudahan yang ada disediakan di sekolah ?

3) jikalau anda sebagai guru,dan anda memiliki pelajar yang OKU,apa yang anda akan lakukan?

......slot in english

1) ( no video k )....why do you want to be a teacher? give reasons...

2) what do you understand about pre childhood education?

 okeyh~~~~yang itu jer yang ditanya kan untuk aku yang biasa-biasa ni :-)

 hope korang yang akan menempuh pengalaman macam aku ni always be prepared and gud luck guys! in sha Allah,jikalau ada rezeki anda untuk menjadi guru,Allah akan permudahkan jalannya :-) 

ini la apa yang aku ingat,semoga membantu~~~ ;-)

Comments

  1. aiyo.. ,menakutkan ja soalan nya.. mesti kena guna psikologi sket kan utk bg jwpn..

    ReplyDelete
  2. hahahahaha....#husna,besa2 ja,relaks suda,,heheheh :-)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soriii baru tgk blog sygggg.... ๐Ÿ˜ข

      Delete
    2. Soriii baru tgk blog sygggg.... ๐Ÿ˜ข

      Delete
  4. aslam.. nk tnya ni. mcm mna kita nk mnjelaskan secra detail tntang penddikan awl knak2? kalau boley sya nk pm trus awk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh pm saya di ig siti_solehah_yusoff :-)

      Delete
    2. Sori sgt sbb baru bukak blog setelah bertahun lamanya. Tak tahu berguna lagi atau tak this reply comment

      Delete
  5. Hi! Sy nak tanya, awk letak p.awal kanak2 sbagai plihan pertama atau kedua? And lg satu, untuk course ni adakah sijil2 kokurikulum yg disahkan perlu? Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa2,waktu saya di iv dulu perlu disahkan semuanya. Yang penting susunan sijil kena kemas dan teratur. Pilihan pertama saya tu heheh. Sori awak bari tgk blog setelah beberapa tahun tak tgk hehehe

      Delete
  6. assalam... nak tanya sijil apa yg brkaitan dengan course pend. awal kanak-kanak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lamaaa tak tengok blog ni. Seingat saya utk ipg lepasan spm, sijil yg dikehendaki pmr, spm, sijil brhenti sekolah, sijil koko koku, an bawak ja sijil2 pencapaian anda. Nanti mereka akan brief lagi sebelum iv. Yang penting susunan sijil kena kemas

      Delete
  7. salam,,time presentation mengajar 5 minit tuh,kne buat mcam mne?

    ReplyDelete
  8. Lagu kena ada,pastu pilih tunjang apa nak diajar. Cthnya, tunjang BM ,Mat

    ReplyDelete
  9. kalau amik pendidikan awal kanak" kita akan jadi cikgu subjek ape? ikut tunja g tu untuk ape ye?

    ReplyDelete
  10. Jd cg pra in shaa Allah. Kt sk kpm ada program prasekolah. Subjek merangkumi 3M. Wallahualam itu yg saya tahu sbb saya cg pend khas. Tak lepas pun iv ipg ni hehehe. Cuma tulis pengalaman jer kt sini heee๐Ÿ™ˆ

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 5

BAB 5   Ayma terjaga daripada tidur. Tatkala dia membuka kelopak mata,dia mendapati hari sudah beransur senja. Laungan azan yang kedengaran dari surau kampung Bujang Indah itu menyedarkan Ayma untuk segera bangkit dan bersolat maghrib.Ayma membetulkan baju pengantinnya yang masih tersarung di tubuhnya itu. Tudungnya juga masih tidak dibuka. Hari ini Ayma terasa penat sangat. Maklumlah,hari ini Ayma sudah sah bergelar isteri kepada Amin Rafiqi. Hanya dengan sekali lafaz statusnya sudah berubah daripada bujang kepada seorang isteri. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka tadi ...

BAB 2

BAB 2  ‘ Ayma!!! Aku dah dapat! Aku dah dapat! ‘,Izuddin menjerit dari jauh setelah kelibat Ayma dilihatnya keluar dari makmal kimia sekolah mereka. Ayma yang mendengar jeritan itu sedikit tersentak. Ayma mengalihkan pandangannya kearah Izuddin yang sudah tercungap-cungap kerana penat menjerit. Mana taknya,dari jauh sudah dengar suaranya memekik. Dah macam orang kurang siuman pulak.  ‘Kenapa dengan kau ni. Apa yang kau dah dapat sampai terpekik terlolong dari jauh ni Din? Cepatla bagitahu aku. Lepas ni kita nak kena pergi makmal fizik pulak. Kang cikgu marah pulak. Cepatla.’,paksa Ayma.Ayma juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang Izuddin sudah dapat. Entah-entah ‘benda’ yang dia suruh Izuddin dapatkan untuknya minggu lepas kot. Tapi takkan cepat sangat. Biar betul mamat ni. Ayma sekadar mengagak sendiri.  ‘ Kau ni,buat-buat don’t know pulak. Abang Amin Rafeeqi kau la. Nah,ni nombor dia. Susah betul nak mintak nombor dia. Banyak soalan. Macam polis je. Ha...

BAB 6

BAB 6   Amin Rafiqi tersedar dari tidurnya apabila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Amin Rafiqi cuba mengerah fikirannya mengingati apa yang berlaku semalam. Ya. Seingatnya dia ada menyuruh Ayma untuk tidur bersamanya. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mengubah fikirannya dengan membiarkan Ayma untuk tidur disebelahnya.   Padahal dia sendiri yang mahukan wanita itu bencikan dirinya. Perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan tubuhnya untuk melihat sekujur tubuh disebelahnya yang kini telah sah menjadi isterinya. Memang tidak percaya. Hanya sekelip mata,dia sudah bergelar suami orang. Yang lebih mengejutkan bukan suami kepada orang yang dia sayang,tetapi kepada orang yang sudah terang-terang menyayangi dirinya sejak dari dulu. Tapi sayang,dia tidak boleh menyayangi gadis yang bergelar isterinya kini kerana hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada arwah Sofea. Lama Amin Rafiqi merenung wajah Ayma. Jarinya sempat bermain-main diwajah polos Ayma ...