BAB 2
‘ Ayma!!! Aku dah dapat! Aku dah dapat!
‘,Izuddin menjerit dari jauh setelah kelibat Ayma dilihatnya keluar dari makmal
kimia sekolah mereka. Ayma yang mendengar jeritan itu sedikit tersentak. Ayma
mengalihkan pandangannya kearah Izuddin yang sudah tercungap-cungap kerana
penat menjerit. Mana taknya,dari jauh sudah dengar suaranya memekik. Dah macam
orang kurang siuman pulak.
‘Kenapa dengan kau ni. Apa yang kau dah dapat
sampai terpekik terlolong dari jauh ni Din? Cepatla bagitahu aku. Lepas ni kita
nak kena pergi makmal fizik pulak. Kang cikgu marah pulak. Cepatla.’,paksa
Ayma.Ayma juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang Izuddin sudah dapat.
Entah-entah ‘benda’ yang dia suruh Izuddin dapatkan untuknya minggu lepas kot.
Tapi takkan cepat sangat. Biar betul mamat ni. Ayma sekadar mengagak sendiri.
‘ Kau ni,buat-buat don’t know
pulak. Abang Amin Rafeeqi kau la. Nah,ni nombor dia. Susah betul nak mintak
nombor dia. Banyak soalan. Macam polis je. Haa..mana upah aku?’,ujar Izuddin
dengan nada yang serius lantas memberi Ayma sekeping kertas yang tertulis
nombor telefon Amin Rafeeqi. Lantas Ayma mengambil kertas itu dan menyimpannya
kedalam poket baju kurung pengawasnya. Tangan Izuddin pula sudah dihalakan kearah Ayma kembali tanda
meminta upahnya. Keningnya sedikit diangkat untuk menjayakan lakonannya. Ayma
hanya mempamerkan riak muka selamba. Ayma tahu sangat perangai Izuddin yang
suka sangat main-main.
‘ Ek eleh,kau ingat aku
tak tahu taktik kau ke? Takde upah-upah. Free of charge cukup! Kening tu
cukup-cukupla angkat. Tak hensem pun kau buat macam tu. Kau ingat kau Ziana
Zain ea? Sekebun cinta yang berbunga……….lalalala..’,Ayma sudah mula menyanyi
lagu Ziana Zain sambil meniru gaya artis terkenal itu. Keningnya juga sedikit
diangkatkan.
‘ Tak hensem
sudah,janji aku Akim the second version. Kau apa tahu.’,mulut Izuddin sudah
sedikit memuncung tanda protes. Berani Ayma kata dia tidak hensem. Dia ni
jejaka terhangat di pasaran,sekali petik dua ratus yang datang tau. Bukan
seratus dan yang pastinya bukan sepuluh!
‘ Pak cik! Relaksla!
Merajuk konon. Tak dak masa nak layan kau merajuk ni. Tu,mulut tu dah boleh
buat penyangkut baju dah’,ujar Ayma setelah melihat muncung Izuddin yang sudah
memanjang. Kelakar jugak Ayma melihat gelagat Izuddin. Macam budak-budak. Tak
padan dengan umur 17 tahun.
‘ Sekurang-kurangnya penyangkut ni takde kat
kedai tau. Eksklusif! Eishh…sudahla kau ni,asyik nak kenakan aku je. Ni,aku nak
cakap,nombor cik abang Amin Rafeeqi kau ni aku mintak dengan ikhlas dan sepenuh
hati aku tau kat dia. So,kau jaga elok-elok la nombor ni. Jangan
memandai-mandai nak bagi kat orang lain ke or whatever la..okey?’,bebel
Izuddin. Amin Rafeeqi yang pesan kepadanya supaya tidak memberi nombornya
kepada sesiapa pun. Amin Rafeeqi memang lelaki yang baik. Padanla Ayma boleh
tercuit hatinya. Dia bersyukur kerana Ayma jatuh hati dengan lelaki yang baik
dan ,bukan dengan lelaki yang tidak senonoh perangai dan perwatakan mereka.
Izuddin tahu Ayma seorang gadis yang baik. Ayma tidak seperti gadis remaja yang
lain,Ayma memang menjaga tata tertibnya sebagai seorang perempuan. Keluarga
Ayma juga memang tegas dalam mendidik Ayma menjadi seorang gadis remaja yang
baik akhlaknya memandangkan Ayma merupakan satu-satunya anak gadis di dalam
keluarganya.
‘ Tak,aku takkan bagi punya nombor ni pada
sesiapa. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku suruh kau mintak nombor ni.
Hmm..,’keluh Ayma. Ayma seaakan-akan menyesal pula memikirkan tindakannya untuk
memiliki nombor telefon lelaki yang sudah mengganggu tidur malamnya itu sejak
Ayma mendengar suara lelaki itu melaungkan azan. Bagaikan terngiang-ngiang
suara lelaki itu. Sungguh! Ayma sendiri tidak pernah menyangka bahawa dia akan
jatuh hati pada seorang lelaki di alam persekolahannya ini. Sesungguhnya sudah
dia cuba untuk mengusir rasa itu tapi gagal.
‘ Senang je,kau buat ulam makan dengan nasi.
Tak payah nak cari ulam lain dah.’,perli Izuddin tanpa menghiraukan keluhan
Ayma.
‘ Dahla,jom kita masuk kelas ambil buku fizik.
Dah lewat ni nak masuk makmal. Jom.’,ajak Ayma. Malas dia nak melayan Izuddin
dengan lawak kurang pandainya itu. Kalau dilayan alamatnya makan hati berulam
jantungla dia. Boleh tahan bisa juga mulut si Izuddin ni.
……………………………………………………………………………………………
Bunyi ketukan di pintu bilik Ayma menyedarkan
Ayma daripada terus mengelamun tentang zaman persekolahannya dulu. Dia beristighfar
di dalam hatinya.
‘ Masuk’,ujar Ayma sambil membetulkan sedikit
duduknya dan tudung bawal merah jambu
yang dipakainya. Ayma kemudian mengemaskan ‘lab coat’ nya. Matanya pula kembali
ditumpukan di atas kertas di atas mejanya.
‘ Assalamualaikum Doktor…Boleh saya
duduk’,suara garau itu meminta.
‘ Waalaikummussalam..silakan duduk’,balas Ayma
dengan anggukan tanpa mengangkat wajahnya. Tangan Ayma masih lagi lincah
menulis senarai ubat yang perlu di pesannya. Sesetengahnya sudah makin
berkurangan dan maka dengan itu Ayma perlu memesannya secepat mungkin. Semenjak
Ayma membuka kliniknya ini setahun yang lepas atas bantuan umi dan
ayahnya,tidak putus-putus pesakit yang datang. Kadang-kadang ada hari yang
ramai pesakit datang ke kliniknya itu dan kadang-kadang cuma beberapa kerat je.
Apa-apapun Ayma bersyukur kerana dengan tertubuhnya kliniknya ini,Ayma dapat
berjasa kepada orang ramai. Kliniknya juga dibantu oleh Doktor
Humaira,merangkap sharing
partnernya dalam menubuhkan
klinik Ayma Humaira ini. Ayma mengenali Humaira ketika mereka sama belajar di
India dahulu.
‘ Terima kasih’.balas lelaki di hadapannya
lantas mengambil tempat di hadapan Ayma.
‘ Sama-sama. Apa yang saya boleh
tolo….
.’,kata-kata Ayma terhenti di situ sebaik sahaja mukanya diangkat. Ayma
terkejut melihat sekujur tubuh yang amat dia kenali. Tak mungkin! Kecilnya
dunia! Sudah lama Ayma tidak melihat wajah itu dan Ayma juga tidak pernah
mendengar khabar lelaki itu setelah Ayma meluahkan isi hatinya kepada lelaki di
hadapannya itu. Ya! Seingatnya sudah hampir 5 tahun. Sudah 5 tahun Ayma tidak
melihat wajah itu. Menyedari perkara itu,Ayma melarikan wajahnya. Ayma
menunudukkan kepalanya dan diam seribu bahasa. Ayma malu memikirkan tentang isi
hatinya yang di luah dahulu kepada lelaki di hadapannya itu ditolak
mentah-mentah. Alasannya,lelaki itu telah berpunya dan cuma menganggapnya
sebagai adik. Tidak lebih daripada itu.
‘ Ayma? Ayma Farisya bt Mohd Farid? Is that
you?’,Amin Rafeeqi terkejut melihat wajah di hadapannya itu. Sudah lama dia
tidak mendengar khabar wanita itu.
‘ Emm..abang Amin. Laa..maa..lama tak
jumpa.’,balas Ayma teragak-agak. Tergagap-gagap Ayma membalas pertanyaan Amin
Rafeeqi itu. Ayma sebenarnya tidak menjangka akan bertemu dengan Amin Rafeeqi.
Ayma masih tidak bersedia untuk bertemu dengan lelaki itu. Sudah 5 tahun Ayma
cuba mengelak daripada bertemu dengan Amin Rafeeqi sehinggakan Ayma mengambil
keputusan untuk menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di India dengan
bantuan biasiswa yang Ayma dapat. Tapi Ayma tidak dapat melawan takdir andai
hari ini Ayma ditakdirkan akan bertemu semula dengan Amin Rafeeqi.
‘ Where have you been Ayma? Abang dah lama
cari Ayma. Ayma masih marahkan abang? Merajuk dengan abang?’,bertubi-tubi soalan
dihamburkan Amin Rafeeqi kepada Ayma. Sempat Amin Rafeeqi meneliti gadis di hadapannya itu.
Amin Rafeeqi melihat banyak perubahan dalam diri Ayma. Ayma sudah kelihatan
lebih matang daripada dahulu. Amin Rafeeqi bangga melihat Ayma kini sudah
berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.
‘ Emm…sorry,what can I help you abang?’,tanya
Ayma tanpa menghiraukan pertanyaan Amin Rafeeqi. Ayma malas untuk menjawab
pertanyaan lelaki itu. Tiada gunanya Ayma menjawab soalan Amin Rafeeqi itu
andai jawapannya itu tidak akan memberi maksud apa-apa pun kepada lelaki
dihadapannya itu.
Amin Rafeeqi mengeluh perlahan memikirkan
soalannya tiada berjawab. Dia tahu Ayma masih kecewa dengannya kerana menolak
cinta gadis itu dahulu. Bukan maksudnya untuk menolak,tetapi Amin Rafeeqi punya
maksudnya sendiri. Dia tidak mahu melukakan hati Sofea,merangkap tunangannya
kini. Lagi pula,Amin Rafeeqi cuma menganggap Ayma sebagai adiknya. Tidak lebih
dari itu.
‘ Emm..I’m just come for some medical
check-up. Dua tiga hari ni asyik sakit je badan ni,itu yang nak periksa tu. As
words say prevention is always better than cure,right? So kita kenala selalu
periksa kesihatan tubuh badan kita ni’,balas Amin Rafeeqi panjang lebar. Memang
betul,sejak akhir-akhir ni badannya selalu sakit-sakit. Mungkin dia kerja
terlalu kuat akhir-akhir ni. Maklumlah,banyak pula projek yang perlu dia
‘handle’sendirian kerana banyak
staff-staffnya yang berpengalaman telah mengambil cuti,jadi terpaksalah dia
berusaha lebih keras. Nasib badan.
‘ Ohh..I see. So,if you don’t mind Mr. Amin,come.’,ujar
Ayma sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya. Sempat Ayma menghadiahkan
segaris senyuman kepada Amin Rafeeqi sekadar untuk menghilangkan rasa
gementarnya. Jujur,Ayma tidak dapat menghalang rasa gementar dalam dirinya
daripada muncul. Amin Rafeeqi membalas senyuman Ayma lalu mengambil tempat di
sebelah wanita itu.
Gemuruh di hati Ayma semakin menjadi-jadi
apabila Amin Rafeeqi berada betul-betul di sebelahnya sehinggakan minyak wangi
yang dipakai oleh Amin Rafeeqi dapat dihidunya. Ayma cepat-cepat beristigfar
untuk mengurangkan darah gemuruhnya itu. Amin Rafeeqi tersenyum melihat wajah
Ayma yang takut-takut itu.
‘ Your hand please.’,ujar Ayma setelah
menyedari pandangan Amin Rafeeqi terhadapnya. Kenapa dengan mamat ni? Ada
apa-apa ke kat muka aku ni? Ayma sekadar bermonolog sendirian. Ayma jadi tidak
keruan apabila dipandang oleh Amin Rafeeqi begitu.
‘ Ops..sorry. kiri ke kanan?’,balas Amin
Rafeeqi terkulat-kulat. Panjang pula sengihannya.
‘ Mana-mana pun boleh. Ikut selera.’,ujar Ayma
sambil tangannya lincah memakai ‘glove’.
Sebagai langkah keselamatan dan sebagai pelapik,Ayma terpaksa memakai ‘glove’.
Maklumlah,Amin Rafeeqi bukanlah mahramnya yang boleh suka-suka hati dia
menyentuh. Ayma mula memeriksa tekanan darah Amin Rafeeqi dan kemudian
kandungan darahnya pula. Ayma terasa lucu apabila melihat Amin Rafeeqi yang
kelihatan takut-takut ketika Ayma ingin mengambil darahnya. Suntik sikit dah
ber’adoi’-‘adoi’. Bukannya sakit sangat pun. Ayma mengomel sendirian. Bibir
Ayma tidak dapat ditahan daripada tersenyum. Tanpa disedari Ayma menghamburkan
ketawanya. Memang dia sudah tidak dapat menahannya.
‘ Eh,kenapa gelakkan abang?’,ujar Amin Rafeeqi
setelah mendengar ketawa Ayma yang tiba-tiba itu.
‘ No,bukan maksud Ayma nak gelakkan abang tapi
abang yang buat lawak. Umur dah 29 pun takut kena suntik lagi. Ingatkan dah tak
takut suntik dah tua-tua ni.’,balas Ayma
dengan ketawanya yang masih bersisa. Memang Ayma tidak menyangka yang Amin
Rafeeqi masih seperti dahulu,takut kena suntik. Abang Amin,abang Amin..
‘ What did you call me Ayma? Tua? Eh,tua-tua
pun hensem tau. Sampai ada orang tu tergila-gilakan kita.’,balas Amin Rafeeqi.
Kali ini diselangi dengan ketawa. Lucu pula mendengar Ayma memanggilnya tua.
Jantung Ayma tersentap apabila mendengar kata-kata Amin Rafeeqi tadi. Ketawanya
juga sudah tiada. Ayma mula menundukkan wajahnya sambil meneliti keputusan
bacaan kandungan darah Amin Rafeeqi. Ayma tahu Amin Rafeeqi mesti menujukan
kata-katanya tadi kepadanya. Ayma jadi
malu dengan dirinya. Arghhh!!
Ketawa Amin Rafeeqi terhenti setelah melihat
Ayma yang tiba-tiba menundukkan wajahnya. Oppss! Apa yang aku dah cakap tadi?
Alamak! Aku tersalah cakap ke? Amin Rafeeqi sekadar bermonolog sendirian.
‘Err..Ayma,I’m so sorry. Abang tak sengaja.’,
‘ No,it’s not your
fault. Abang tak salah. Ni semua salah Ayma. Salah Ayma sebab sukakan abang.
Emm..by the way,there’s nothing wrong with your body. Just make sure you get
your rest well. Don’t be too workaholic okay. Thank you,you may leave now
abang.’,ujar Ayma panjang lebar. Mata Ayma kembali tertancap keatas kertas
diatas mejanya. Pura-pura sibuk. Amin Rafeeqi
menjadi resah melihat perubahan Ayma. Niatnya cuma ingin bergurau. Tak
sangka pula kata-katanya tadi boleh menggores hati wanita dihadapannya itu.
‘ Ayma,abang sebenarnya…..’,kata-kata Amin
Rafeeqi terhenti apabila telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Amin
Rafeeqi lantas mengambil telefon bimbitnya yang sentiasa berada di dalam kocek
seluarnya.Mama Sofea? Amin Rafeeqi
pelik. Kenapa tiba-tiba saja wanita itu menelefonnya. Pantas jarinya menekan
punat hijau di telefonnya.
‘ Hello,assalamualaikum,ye ada apa mak
cik?’,ujar Amin Rafeeqi tenang.
‘ Waalaikummussalam,Amin,cepat datang kat
hospital Min. Sofea dah tenat. Mak cik tak tahu nak buat apa dah Min. Sofea
asyik sebut nama Min je. Cepat datang sini Min!’,
Jantung Amin Rafeeqi tersentap apabila
mendengar nama Sofea. Sofea sudah tenat? Kenapa? Kenapa mesti Sofea tenat?
Sofea sakit ke? Bermacam-macam soalan bermain di benaknya.
‘Ayma,Sofea dah tenat kat hospital!’,ujar Amin
lemah kepada Ayma. Sungguh,Amin Rafeeqi merasakan kekuatannya kini semuanya
sudah hilang. Amin Rafeeqi sudah merasakan dirinya sudah tidak kuat.
‘ What!?’,Ayma terkejut mendengar khabar berita
itu. Lantas Ayma bangun dari kerusinya. Ayma
mengambil tas tangannya dan mengajak Amin Rafeeqi untuk segera ke
hospital.
‘ Jom abang! We need to hurry! Nurse!’,ujar
Ayma kepada Amin Rafeeqi. Sempat Ayma memanggil jururawat yang bertugas di
kliniknya hari itu. Terkocoh-kocoh seorang jururawat datang kepada Ayma.
‘ Ye Doktor,ada apa yang boleh saya tolong’,
‘ Lisa,tolong beritahu pada Doktor Humaira
yang saya ada emergency case
hari ni. Suruh dia handle
semua patients and awak pun
tolong-tolongla apa yang patut. Saya kena cepat ni. I’ve got to go now,so good
luck!’,kata Ayma kepada jururawat yang bernama Lisa itu. Dalam hati Ayma,dia
tidak putus-putus mendoakan yang Sofea dalam keadaan baik-baik saja. Ayma risau
tentang keadaan Sofea yang sudah dia anggap seperti kakaknya itu. Moga-moga
Allah melindungi Sofea daripada sebarang perkara buruk. Aminn..
assalamualaikum cik yuki....sowy sgt2 tau sbb lmbt follow...syg cik yuki.....muah
ReplyDeletehahaha...so skema laa...hehe,ok2 no prob la dear,ayg jgk~~~~cuppppp! :-)
ReplyDelete