Skip to main content

BAB 4


BAB 4
 ‘Siap!!’,ujar Ayma sendirian di hadapan cermin setelah yakin dengan penampilannya. Ayma memilih untuk memakai baju kurung moden ungu bercorak bunga-bunga kecil yang tidak terlalu ketat potongannya dan di padankan dengan tudung bawal yang warnanya senada. Tudung bawalnya dipinkan di kedua-dua belah bahunya agar kelihatan kemas dan tidak serabut.  Hari ini Ayma perlu ke rumah Puan Zakiah. Kata Puan Zakiah,ada hal yang perlu dibincangkan. Untung Ayma sudah awal-awal mengambil cuti dan mengambil keputusan untuk menutup kliniknya untuk beberapa hari.  Ayma melihat kembali penampilannya di hadapan cermin. Dia tersenyum puas. Tiba-tiba telefon bimbit Ayma  berdering
minta diangkat. Melihat nama yang tertera di skrin telefon Ayma sudah cukup membuatkan jantung Ayma  berdegup pantas. Lantas ingatan Ayma terimbau kembali tentang kejadian kelmarin di hospital. Herdikan dan tuduhan lelaki itu masih segar dalam ingatannya. Lambat-lambat Ayma menjawab panggilan daripada lelaki itu. Takut!
  ‘ Assalamualaikum,ada apa abang?’,
   ‘ Waalaikummussalam,Ayma,mak cik Zakiah ajak kita pergi rumah dia kan hari ni? Kita pergi sama nanti. Tunggu abang,abang datang rumah Ayma sekarang. Tunggu abang depan rumah tau! Abang dah on the way ni.’. Zap!!! Jantung Ayma tersentak mendengar bicara Amin Rafiqi itu. Apa? Mak cik Zakiah ajak Amin Rafiqi sekali? Dan sekarang Amin Rafiqi mengajaknya pergi bersama? Oh! Tidak! Macam mana aku nak buat ni. Aku tak nak pergi dengan dia. Fikir,fikir Ayma! Ting! Aku ada idea!
 ‘ Hello,Ayma dengar tak abang cakap ni?’,tanya Amin Rafiqi lagi kepada Ayma setelah soalanya tadi hanya dibalas dengan kebisuan..
 ‘ Ha? Emm..Ayma dengar. Macam ni la abang,Ayma rasa Ayma tak boleh pergi dengan abang la,Ayma nak singgah tempat lain dulu nanti. Ayma pergi dengan kereta Ayma sendiri la’,Ayma cuba mencipta alasan. Ayma harap alasannya itu boleh dipakai.
 ‘Nope! You have to go with me. By hook or by crook! Abang boleh hantar Ayma pergi mana-mana pun. Okay! Jumpa Ayma nanti. Abang dah nak sampai ni.’. keputusan Amin Rafiqi muktamad. Dia perlu berbincang dengan gadis itu soal hubungan mereka. Kelmarin,mak cik Zakiah ada menelefonnya dan menyuruhnya datang ke rumahnya. Katanya ada hal yang perlu di bincangkan tentang soal perkahwinannya dan Sofea yang sepatutnya berlansung pada bulan depan. Kata mak cik Zakiah lagi,dia mahu Ayma menggantikan tempat arwah Sofea.
   Ayma mendengus. Ada-ada saja lelaki ni. Masa ni la dia nak buat-buat baik dengan aku pun. Kelmarin bukan main marah,macam dah kena sampuk. Siap mengata kat aku lagi. Sekarang ni boleh pulak buat baik. Ayma sekadar mengomel di dalam hatinya. Panas di buatnya dengan sikap Amin Rafiqi yang tidak langsung kisah tentang apa yang dia rasa. Macam la dia ni patung. Tak ada perasaan. Ahhhhhh!!!
 ‘ Ok laa…abang datang cepat sikit. Ayma dah siap pun. Ayma tunggu. Assalamualaikum.’,balas Ayma mengalah. Sebal hatinya memikirkan dia perlu pergi ke rumah mak cik Zakiah dengan Amin Rafiqi.
 ‘ Kejap lagi abang sampai. Waalaikummussalam.’,
……………………………………………………………………………………………...
  ‘ Bulan depan kita kahwin!’, Amin Rafiqi tiba-tiba bersuara mlenyapkan kesunyian yang lama tercipta di dalam kereta Toyota Vios hitam milik Amin Rafiqi itu.

 ‘ What??’,Ayma membuntangkan matanya. Terkejut dengan keputusan Amin Rafiqi yang mendadak itu. Bulan depan? Ohh..tidak! kenapa aku perlu kahwin dengan lelaki ni!! Jerit Ayma di dalam hatinya. Ayma tidak menyangka ini keputusan yang diambil oleh Amin Rafiqi. Amin Rafiqi tersenyum sinis melihat reaksi Ayma.
 ‘ Kenapa? Ayma tak suka? Bukan sepatutnya Ayma suka ke? Ini yang Ayma mintak kan?’,tanya Amin Rafiqi sinis walaupun suaranya kedengaran masih tenang seperti tadi.
 ‘ Abang,sudah-sudahla tu. Abang tolong la jangan tuduh Ayma macam-macam lagi. Ayma tak pernah mintak nak kahwin dengan abang ke apa ke,Ayma cuma nak abang bahagia je. Itu je. Tolong laa,abang hentikan la tuduhan tak berasas abang tu. Jangan jadi macam budak-budak’,rayu Ayma lembut. Dia tidak mahu mencurahkan lagi minyak keatas api. Risau keadaan akan menjadi lebih tegang. Bukan salah Amin Rafiqi bersikap seperti itu. Mungkin dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa Sofea telah pergi meninggalkannya.
 ‘ Tuduhan?? Jadi Ayma nak cakap yang abang tuduh Ayma? Macam tu? Forget it Ayma Farisya!’,Amin Rafiqi masih dengan pendiriannya. Di dalam hatinya masih berasakan rasa tidak puas hati terhadap Ayma. Baginya,Aymalah penyebab semua ini berlaku.
 ‘Ok! Kalau itu yang abang nak,Ayma terima. Abang nak sangat kan? Ayma akan kahwin dengan abang. Sekarang abang turunkan Ayma kat sini. Biar Ayma pergi rumah mak cik Zakiah sendiri. Tak hingin Ayma naik kereta dengan orang yang kejam macam abang ni!’. Air mata Ayma sudah mula menitis. Ayma  sedih dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Kalau tadi dia masih boleh menahan sabar tapi tidak sekarang. Ayma merasakan seperti maruahnya sebagai seorang wanita rendah di hadapan lelaki egois itu.
 Serentak dengan itu Amin Rafiqi memberhentikan keretanya. Tubuh Ayma sedikit terdorong ke hadapan. Terkejut dengan tindakan Amin Rafiqi itu.
 ‘Ayma nak turun sangat kan,sekarang silakan! Ayma boleh turun dari kereta abang sekarang! I said get out now!!’,jerit Amin Rafiqi kuat. Amin Rafiqi jadi hilang sabar dengan Ayma. Dia rasa tercabar dengan kata-kata wanita itu. Kau nak sangat kan turun. Sekarang kau turun kat sini sorang-sorang. Kau jangan cuba nak cabar aku perempuan!
  Ayma mendengus lalu menapak keluar dari kereta Amin Rafiqi. Pintu kereta ditutup kuat tanda protes. Kau ingat aku heran! Ahhh!! Tak guna punya Amin Rafiqi!
  Ayma melihat kereta Amin Rafiqi yang meluncur laju meninggalkannya terkapar-kapar  keseorangan di pinggir jalan. Memikirkan itu,Ayma jadi sedih. Kenapa? Kenapa Amin Rafiqi bersikap seperti itu kepadanya? Besar sangatkah salahnya kepada lelaki itu? Dia tidak pernah minta untuk lelaki itu membalas cintanya apatah lagi berkahwin dengannya. Amin Rafiqi yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya. Dia tidak pernah menyuarakan apa-apa tentang perkara ini. Perlahan-lahan Ayma mengatur langkahnya dengan perasaan kecewa..
……………………………………………………………………………………………………… ‘ Assalamualaikum,mak cik Zakiah.’,panggil Ayma lemah. Hampir setengah jam Ayma berjalan barulah kakinya sampai di rumah Puan Zakiah. Penat memang bukan kepalang. Jarak rumah Puan Zakiah dari tempat Amin Rafiqi meninggalkannya tadi boleh tahan jauhnya. Memikirkan itu dia jadi sebal dengan Amin Rafiqi. Ni semua salah Amin Rafiqi! Memang tak berhati perut!
 ‘ Waalaikummussalam,ehh Ayma rupanya. Masuklah. Lama dah mak cik tunggu. Amin ada kat dalam. Dah lama dah dia sampai. Mak cik ingat korang nak datang berdua tadi. Ayma datang naik apa? Tak nampak pun kereta Ayma? Ni kenapa berpeluh-peluh ni?’,tanya Puan Zakiah bertubi-tubi. Tangan Ayma dipimpinnya ke ruang tamu dan mereka sama-sama melabuhkan punggung di sofa empuk Puan Zakiah. Betul-betul bertentangan dengan sofa yang dihuni oleh sekujur tubuh milik Amin Rafiqi. Amin Rafiqi dilihatnya hanya beriak tenang tanpa ada sekelumit rasa belas dengan dirinya. Ayma mencebik. Meluat melihat reaksi Amin Rafiqi! Amin Rafiqi hanya menjongketkan keningnya dan senyuman sinis terlakar kemas di wajahnya. Padan muka! Kau nak cabar aku lagi!
 ‘ Ayma….Ayma datang naik teksi tadi. Kereta Ayma buat hal. Kebetulan nak dijadikan cerita teksi tu ‘aircond’ dia rosak. Lagipun cuaca sekarang ni memang panas kan.’,Ayma cuba mencipta alasan. Amin Rafiqi dilihatnya masih setia dengan wajahnya yang selamba badak.
 ‘ Oh yeke. Kenapa tak telefon je Amin ni. Dia boleh je tumpangkan Ayma datang sini. Betul tak Min?’,pandangan Puan Zakiah dihalakan pula kearah bakal menantunya itu.
 ‘Tengoklah dulu kalau Min rajin nak tumpangkan dia. Kalau Min tak tumpangkan pun,pandai-pandaila dia cari teksi. Teksi kat Malaysia ni kan banyak. Tak cukup ke?’,sinis kedengaran jawapan Amin Rafiqi. Ayma memuncungkan bibirnya. Ada aku heran? Setakat vios aku boleh beli sepuluh la bro! Erk! Betul ke?  Ahhh…lantak aku la!
Puan Zakiah menjeling Amin Rafiqi tajam. Dia tahu Amin Rafiqi  marahkan Ayma kerana Amin Rafiqi menganggap Ayma la penyebab Sofea meninggalkan amanah buatnya supaya mengahwini Ayma. Tapi dia tidak setuju dengan tindakan Amin Rafiqi yang meletakkan penyebab berlakunya semua ini seratus peratus kepada Ayma. Ayma tidak pernah memaksa Sofea meninggalkan amanatnya kepada Amin Rafiqi supaya Amin Rafiqi mengahwini Ayma. Semua itu atas kehendak Sofea sendiri. Tiada siapa yang memaksanya membuat keputusan itu. Jelingan Puan Zakiah tidak di hiraukan Amin Rafiqi. Peduli apa aku! Ayma memang telah mencabar egonya sebagai lelaki.
 ‘Emm…pak cik mana? Kerja ke?’,Ayma cuba mengubah topik perbualan. Matanya sudah meliar mencari kelibat Haji Mazuki. Haji Mazuki adalah ayah kepada arwah Sofea. Haji Mazuki bekerja sebagai seorang pensyarah di UiTM Merbok. Baik orangnya. Wajahnya saling tak tumpah seperti arwah Sofea. Lembut,penyayang dan seorang yang murah dengan senyuman.
 ‘ Pak Cik ada kelas hari ni. Pukul 9 tadi lagi dia dah keluar. Biasalah,dah nak dekat exam ni,sibuk memanjangla pak cik kau tu. Ni, mak cik nak cakap sikit dengan Ayma dan mak cik berharap sangat Ayma setuju la dengan apa yang mak cik nak beritahu ni ’,Puan Zakiah mula menarik tangan Ayma dan digenggamnya lembut. Walaupun Ayma pelik dengan perbuatan Puan Zakiah yang tiba-tiba itu,Ayma tetap melemparkan senyuman kepada wanita dihadapannya itu.
 ‘ Ada apa mak cik? Mak cik nak mintak tolong Ayma apa-apa ke?’,
 ‘ Emm Ayma mesti ingat kan,arwah Sofea ada tinggalkan pesan supaya Ayma disatukan dengan Amin. Jadi mak cik nak Ayma tolong tunaikan amanah terakhir Sofea yer,boleh yer nak? Ni,lagi satu,Sofea ada tinggalkan surat terakhir dia untuk Ayma. Bacalah nak.’,dengan penuh berhati-hati Puan Zakiah menyampaikan amanah terakhir arwah anaknya Sofea. Sampul surat berwarna koko diserahkan kepada Ayma. Kolam mata Puan Zakiah sudah mula penuh dengan air-air jernih dan menunggu masa sahaja untuk melimpah. Dia jadi teringat kepada anaknya yang baru sahaja meninggalkannya kelmarin untuk bertemu degan penciptaNya. Rindu.
 ‘ Tapi mak cik,Ayma…………….’,
 ‘ Tolong la Ayma,mak cik tak nak hampakan permintaan terakhir arwah. Tak pa,mak cik akan uruskan semuanya tentang soal nikah dan kenduri kahwin. Lagipun Amin dah setuju. Ayma cuma perlu beritahu ibu dan ayah Ayma saja. Majlis bertunang dengan nikah kita buat serentak. Sekarang ni Ayma dengan Amin cuma perlu pergi kursus kahwin. Tak silap mak cik kursus kahwin kamu berdua minggu depan,dekat Hasani Sungai Petani. jangan lupa pergi yer?’,panjang lebar Puan Zakiah menerangkan rancangan yang diaturnya. Puas. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Dia tidak sabar untuk menanti hari bahagia itu. Walaupun sepatutnya hari bahagia itu diraikan oleh oleh anaknya Sofea,dia redha. Segala yang berlaku adalah ketentuanNya. Siapalah dia nak mempertikainya. Malahan dia berasa amat gembira sekarang ini kerana Ayma yang juga dianggap seperti anaknya itu akan melengkapkan hari bahagia yang bakal berlansung bulan depan. Amin Rafiqi tersenyum sinis kepada Ayma. Ceh! Tak mahu konon. Piirahh!
  ‘ Dah mak cik mintak tolong tu,tolong je la. Yang Ayma nak jual mahal sangat ni kenapa. Pura-pura tak mahu. Mulut kata lain,hati kata lain. Entah-entah dalam hati tu melompat-lompat,hoorey-hoorey dah. Meluat abang tengok lakonan Ayma tu. Kenapa? Susah sangat ke mulut tu nak cakap setuju’,sampuk Amin Rafiqi tiba-tiba. Pandai pulak bercakap patung cendana ni. Ingat dah kena sumpah tak boleh bercakap tadi. Sebal pula hati Ayma mendengar bicara Amin Rafiqi. Memang menaikkan darah betul mamat ni!
 ‘ Yang abang nak sibuk sangat suruh Ayma setuju ni apehal? Kalut je! Kunci jela mulut tu rapat-rapat,jangan nak menyampuk!’,
‘ Dah,dah….kamu berdua jangan nak bergaduh kat sini. Risau betul mak cik dengar. Dah,sekarang ni mak cik anggap semua dah selesai ok. Jom kita makan,mak cik dah masak.’,Puan Zakiah memberi kata putus setelah melihat Ayma dan Amin Rafiqi berura-ura untuk memulakan perang mulut mereka. Setahu Puan Zakiah selama dia mengenali Ayma dan Amin Rafiqi,dia tidak pernah melihat dua insan ini bergaduh dan berperang mulut. Sebelum ini bercakap pun kadang-kadang saja,itu pun bila perlu. Tapi semenjak arwah Sofea pergi meninggalkan dunia fana ini,makin menjadi-jadi perangai mereka.
 ‘ Tapi mak cik,Ayma tak sedia lagi. Ayma….’,
 ‘ Dah-dah. Apa-apa pun jom kita pergi makan dulu.’,
 Ayma mengekor langkah Puan Zakiah. Lemah. Ayma risau dengan keputusan Puan Zakiah. Nak tak nak demi menjaga hati wanita itu dan demi melaksanakan wasiat terakhir Sofea,terpaksalah dia menerima Amin Rafiqi dalam hidupnya. Tanpa disedari keluhan berat dilepasnya. Amin Rafiqi disebelahnya hanya ditenung tanpa perasaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAB 5

BAB 5   Ayma terjaga daripada tidur. Tatkala dia membuka kelopak mata,dia mendapati hari sudah beransur senja. Laungan azan yang kedengaran dari surau kampung Bujang Indah itu menyedarkan Ayma untuk segera bangkit dan bersolat maghrib.Ayma membetulkan baju pengantinnya yang masih tersarung di tubuhnya itu. Tudungnya juga masih tidak dibuka. Hari ini Ayma terasa penat sangat. Maklumlah,hari ini Ayma sudah sah bergelar isteri kepada Amin Rafiqi. Hanya dengan sekali lafaz statusnya sudah berubah daripada bujang kepada seorang isteri. Majlis pernikahan dan perkahwinan mereka tadi ...

BAB 2

BAB 2  ‘ Ayma!!! Aku dah dapat! Aku dah dapat! ‘,Izuddin menjerit dari jauh setelah kelibat Ayma dilihatnya keluar dari makmal kimia sekolah mereka. Ayma yang mendengar jeritan itu sedikit tersentak. Ayma mengalihkan pandangannya kearah Izuddin yang sudah tercungap-cungap kerana penat menjerit. Mana taknya,dari jauh sudah dengar suaranya memekik. Dah macam orang kurang siuman pulak.  ‘Kenapa dengan kau ni. Apa yang kau dah dapat sampai terpekik terlolong dari jauh ni Din? Cepatla bagitahu aku. Lepas ni kita nak kena pergi makmal fizik pulak. Kang cikgu marah pulak. Cepatla.’,paksa Ayma.Ayma juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang Izuddin sudah dapat. Entah-entah ‘benda’ yang dia suruh Izuddin dapatkan untuknya minggu lepas kot. Tapi takkan cepat sangat. Biar betul mamat ni. Ayma sekadar mengagak sendiri.  ‘ Kau ni,buat-buat don’t know pulak. Abang Amin Rafeeqi kau la. Nah,ni nombor dia. Susah betul nak mintak nombor dia. Banyak soalan. Macam polis je. Ha...

BAB 6

BAB 6   Amin Rafiqi tersedar dari tidurnya apabila terasa ada tangan yang memeluknya dari belakang. Amin Rafiqi cuba mengerah fikirannya mengingati apa yang berlaku semalam. Ya. Seingatnya dia ada menyuruh Ayma untuk tidur bersamanya. Entah. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh mengubah fikirannya dengan membiarkan Ayma untuk tidur disebelahnya.   Padahal dia sendiri yang mahukan wanita itu bencikan dirinya. Perlahan-lahan Amin Rafiqi mengalihkan tubuhnya untuk melihat sekujur tubuh disebelahnya yang kini telah sah menjadi isterinya. Memang tidak percaya. Hanya sekelip mata,dia sudah bergelar suami orang. Yang lebih mengejutkan bukan suami kepada orang yang dia sayang,tetapi kepada orang yang sudah terang-terang menyayangi dirinya sejak dari dulu. Tapi sayang,dia tidak boleh menyayangi gadis yang bergelar isterinya kini kerana hatinya sudah sepenuhnya diberikan kepada arwah Sofea. Lama Amin Rafiqi merenung wajah Ayma. Jarinya sempat bermain-main diwajah polos Ayma ...