Skip to main content

Posts

BAB 3

BAB 3  ‘Sofea,what wrong with you dear? Kenapa Sofea tak bagitahu Min yang Sofea dah lama sakit?’,ujar Amin Rafeeqi serak kepada Sofea yang terlantar lemah di atas katil hospital. Amin Rafeeqi kemudiannya megambil tempat disebelah Sofea. Ayma menjadi sayu melihat keadaan Sofea kelihatan begitu tidak bermaya. Tubuhnya juga sudah semakin kurus,kurus sangat.Ayma dikhabarkan oleh mama Sofea bahawa Sofea sudah lama menghidap penyakit kanser kolon. Ayma yang berada disebelah Sofea tidak dapat menahan sebaknya apabila melihat keadaan Sofea yang semakin tenat itu. Perlahan-lahan Ayma mengusap kepala Sofea yang masih bertudung itu.  ‘ Min,Sofea minta maaf. Sofea tak nak Min risau pasal Sofea. Sofea sayang Min,sayang sangat. Tapi Sofea tak mampu. Sofea tak mampu nak sayang Min. Sofea tahu Min layak dapat orang yang jauh lebih baik dari Sofea,dan orang tu ialah Ayma. Sofea tahu Ayma dah lama tunggu Min dan Sofea jugak tahu yang Ayma dah lama sukakan Min. Terimalah

BAB 1

BAB 1  ‘ Jom Husna. Dah nak masuk waktu solat zohor ni. Kita solat kat surau sekolah jela. Balik sekolah nanti tak payah solat dah. Kan senang. Jom la..’,ujar Ayma kepada Husna yang sedang tekun menyiapkan kerja projek Biologi mereka yang harus dihantar esok. Untung Ayma telah menyiapkannya seminggu yang lalu jadi dia tidak perlu untuk berkerja keras menyiapkannya hari ini. Kesian pula dia melihat Husna yang sendirian menyiapkan projek itu.  ‘Eh,kau pergi dulu la. Aku nak siapkan sikit je lagi ni. Just give me 10 minutes okey? Jangan tunggu aku,nanti kau lewat pulak. Jap lagi aku pergi surau. Kau pergi je dulu.’,balas Husna sambil tangannya masih lagi lincah menulis. Dia hanya perlu memberi sedikit lagi sentuhan terakhir kepada projeknya agar kelihatan  perfect. ‘ Kau nak aku tolong ke. Nampak macam banyak lagi je.’,Tanya Ayma lagi kepada Husna. ‘Tak payah cik Ayma ooii..aku nak siap dah ni. Pergila surau dulu. Nanti kita jumpa kat sana. Dah,dah..cepat,orang d...